"Kenal tak Normaslina student CTS?"
Izzah bertanya dengan muka series. Aku geleng2 kepala dengan penuh blur.
"Kenapa?"
"Dia meninggal eksiden. Baru je."
"Hah! Innalillahi wainna ilaihi ra'jiun"
Aku terduduk. Terkejut. Walaupun aku tidak mengenali arwah, tapi hati ini tetap terasa. Seorang lagi pergi...
Seorang demi seorang pergi. Bermula dengan dia, dia, dan dia. Aku? Ya Allah...janjiMu memang pasti. Entah bila, dan adakah husnul khatimah itu bisa kita dapatkan, hanya Dia yang berhak menentukan.
Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali~
Semoga kita semua kan bertemu kembali di dalam taman2 cinta yang kekal abadi...
July 30, 2009
July 26, 2009
merah mata putihku
Namun kupohon kepada Al-Rahman akan keampunan
Dan libasan pedang mencampak buih
Atau tusukan tombak tanganku bak orang dahaga
Yang merobek tali perut dan urat jantung
Biar orang berkata tatkala lalu di kuburku
Hati yang ditunjuki Allah
Benarlah dia mendapat petunjuk
Itulah bait2 syair yang dilantunkan oleh Abdullah bin Rawwahah sebelum beliau berangkat ke medan Muktah. Terkesan aku pada setiap kata2 yang melambangkan jiwa yang teguh. Dan syair2 beliau bukanlah omong kosong, ia telah dimanifestasikan dengan pengorbanan jiwa di jalan Allah. Abdullah bin Rawwahah syahid di medan Muktah.
Aku bersumpah hai jiwa
Turunlah kamu samada terpaksa atau rela hati
Tidakkah manusia sudah bertempik menjerit melolong
Mengapa kulihat engkau bencikan syurga
Sebuah lagi syair yang beliau lantunkan tatkala menerima bendera daripada Ja'far bin Abu Talib, panglima perang yang kedua selepas Zayd bin Harithah. Kedua-duanya telah gugur syahid dalam keadaan yang amat tragis.
Mereka tentunya sedang berbahagia di sisi Tuhan. Sedangkan kita masih terkapai-kapai, entah di mana dan bagaimana penghujung kehidupan kita.
Entri ini khas kutujukan buat diriku yang selalu dikuasai malas. Aku sedang mencari formula terbaik untuk diri ini lebih fokus semasa berada di dalam kelas, terutamanya kelas ungs. Serius, aku rasa amat bersalah kerana tidak pernah betul2 fokus di dalam kelas ungs beberapa minggu ini. Mata sering terasa berat. Selalu sahaja mata putihku menjadi merah, dek melawan rasa mengantuk yang amat dahsyat.
Asif jiddan!
p/s: kaki ayam banyak kolagen

July 25, 2009
Larut malam ini...
Suara hati pada larut malam ini,
Seorang 'aku' masih berjaga, kerana mata ini masih segar. Ya, mungkin juga banyak perkara yang berlegar-legar di fikiran, sehingga mengganggu 'biological clock' akhir2 ini.
Runsing memikirkan tanggungjawab yang gedebak-gedebuk datang berturut-turut. Mampukah aku melaksanakan apa yang diamanahkan dengan sebaiknya?
Gentar rasanya menghadapi hari2 yang akan datang, sebagai bakal dietitian. Terlalu banyak yang aku tidak tahu. Bolehkah diri ini bersikap lebih serius setelah berada di tahun dua?
Istiqamahkah aku dalam beribadah setelah berada dalam fasa 'sibuk' dan haru biru? Mampukah aku menjaga perhubunganku dengan DIA bila fikiran ini selalu kusut dengan hal2 dunia?
Kecewakah aku bila harus berkorban? Abang akan berkahwin dan majlisnya adalah pada tarikh FINAL EXAMINATION. Akalku tak henti memikirkannya.
Sedih untuk meninggalkan adik2 usrahku. Ada suatu hal yang menyentuh hati. Haruskah diri ini membuat pilihan lagi?
Senyum untuk kehilangan. Harus selalu tersenyum dan terus mendoakan, meski hati yang luka ini terus berdarah. Musim2 berlalu namun sakitnya persis baru semalam ia berlaku.
Suratan atau kebetulan?
Kau, aku, dan kita harus menghadapi mehnah kehidupan ini dengan penuh kerendahan hati. Menangislah, andai itu boleh melegakan bebanan jiwa. Namun jangan sesekali kau pertikaikan jalan kehidupan yang Sang Kekasih telah aturkan untukmu.
Aku?
Aku masih berusaha mendekatiNya semampuku. Kehilangan yang sering menguji adakalanya membuat hati beku dan kaku. Dan DIA sentiasa hadir di saat aku merasa tidak adilnya kehidupan. Syukur, jika tidak tentunya aku tidak menjadi aku yang sekarang. Aku yang hidup dengan penuh harapan.
Maafkan diri ini atas entri yang agak haru biru. Dont take it to heart. Walaupun kalian merasakannya sedikit beremosi, namun percayalah aku sedang tersenyum semasa jari2 ini aktif menaip setiap patah kata. Gambatte!
Akhir kata, biar aku kongsikan sedikit bait2 puisi Rabi'ah al-Adawiyah, pencinta Allah yang agung...
Alangkah manisnya Engkau, sedang hidup ini pahit.
Alangkah senangnya kalau Engkau redha, meski semua manusia membenci.
Alangkah semaraknya hubunganku denganMu,
Sedangkan hubunganku dengan alam semesta runtuh.
Jika benar Engkau cinta, maka segala sesuatu adalah hina.
Dan segala yang ada di atas debu adalah debu.

July 21, 2009
Uhibbuki fillah
Alhamdulillah...alhamdulillah...
Hanya kalimat ini yang memenuhi ruangan hatiku sebaik sahaja mendengar perkhabaran itu. Syukur ya Tuhan, atas rahmat yang tidak putus2 terhadap hamba-hambaMu ini.
Tidak tergambar perasaanku ketika ini. Cas negatif hilang serta merta, berganti dengan perasaan nan berbunga-bunga. Mabruk untukmu sahabat! Dalam diam rupanya ada rahsia yang tersimpan rapi. Aku amat bahagia untukmu. Kau sungguh bertuah.
Kita bersama meniti perjuangan. Kita jua pernah menangis bersama-sama. Sahabat, hadirmu membawa sejalur keceriaan dalam hidupku. Aku menyaksikan perubahan demi perubahan dalam dirimu. Maha suci Allah, dengan hidayahNya yang tak pernah putus, kau telah menjadi permata Islam yang amat berharga. Kau serikandi yang mapan, tidak jemu menyebar risalah agama yang mulia. Sahabat sepertimu bagiku satu dalam seribu. Mungkin jua berjuta.
Sahabat yang kusayangi kerana Allah, semoga jalanmu dipermudahkan. Andai dia benar2 ditakdirkan buatmu, kudoakan moga kalian berkekalan hingga ke syurga...
Sahabat, andai jasad mengorak tarbiyyah, meneruskan mujahadah, maka biarlah hati kita menempuhnya~

July 20, 2009
Cas merudum
Sudah beberapa hari aku membiarkan ruangan ini sepi. Tiada 'mood' mahu update. Sebenarnya ada banyak cerita juga yang mahu dikongsi, tapi nantilah. Tunggu cas naik ke tahap positif. Doakan ok!
Entah mengapa perasaanku kurang enak kebelakangan ini. Tambah memburukkan keadaan, sudah 2 malam mata ini tidak mahu lelap. Tahu2 subuh hampir menjelang. Hasilnya, aku sudah pening2+blur, macam sekarang.
Cik Sfera suruh aku tidur sekejap. Ah, tambah pening kurasakan. Memaksa diri untuk tidur bukanlah idea yang terbaik.
Jadi, apakah solusinya???
Mahu balik...

July 17, 2009
Tersalah tarikh
"Bila kitak nak pegi program ya?"
(Bila awak nak pergi pr0gram tu?)- Kak Ayat bertanya dengan gembira.
"Esokla kot ngan kak Wani..." - aku menjawab dengan konfidennya.
"Esok? Bukan minggu depankah??" - Kak Ayat menunjukkan wajah penuh kekonfiusan.
"Eh! Sikkan kamek tersalah tarikh?" - Aku sudah tidak keruan.
(Eh! takkan saya tersalah tarikh?)
Tanpa menunggu lama, aku terus menghubungi Kak Azwani. Rupa-rupanya memang aku yang tersilap tarikh. Hanya satu yang aku rasakan pada saat itu. Hampa. Hampa yang teramat sangat. Sudah lama aku merancang untuk pergi ke program ini.
Tambah menghampakan, minggu depan pulak ada kelas pada hari Sabtu. Kesimpulannya, aku memang langsung tidak berkesempatan untuk ke program itu. Aku terkuciwa,huhu..Apapun, kita tidaklah boleh asyik berkeluh-kesah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, tabahlah wahai hati...
So, moral of the story, sebelum nak ke mana2 pastikan dahulu tarikh dan tempat destinasi kita. Jangan sampai berlaku kesilapan seperti yang telah aku lakukan. Mujur Allah mempertemukan aku dengan Kak Ayat. Jika tidak pastinya sekarang ini aku telah siap2 packing dan entah apa2 lagi.
Rasanya, sudah lama aku tidak bertemu bulan~
July 16, 2009
khaira ummah
"Adalah kamu (umat Islam) itu sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi seluruh manusia, di mana kamu melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar dan kamu beriman kepada Allah s.w.t..."
(Ali-Imran:110)
Kita telah diiktiraf sebagai khaira ummah. Dan setiap dari kita punya amanah untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar. Mungkin aku bukanlah insan yang selayaknya untuk berbicara mengenai hal ini, namun kiranya boleh aku kongsikan sepicis pengalaman yang telah kulalui dalam menempuh jalan dakwah ini.
Sebut sahaja perkataan dakwah, ada yang mula menjarakkan diri. Berundur setapak ke belakang. Terbayang personaliti berserban, berkopiah atau bertudung labuh. Akhirnya solusi yang terbaik adalah lari bersembunyi, atau sekadar menjauh dari segala amanah yang harus dilaksanakan.
"Aku tak nak jadi hipokrit. Aku pun bukannya baik sangat, macam mana nak nasihatkan orang lain..."
Sahabat2, kita sentiasa melalui proses belajar. Belajar dan mengajar, begitulah putaran kehidupan ini. Malahan para doktor juga perlu sentiasa berusaha untuk mencari penawar segala penyakit aneh dan belum pernah lagi melanda sebelum ini. Untuk itu, mereka juga harus melalui proses belajar.
Proses ini tidak akan pernah berhenti sehinggalah ke akhir hayat kita. Maka, para daie tidaklah terkecuali. Jika amar ma'ruf nahi munkar hanya boleh dilakukan setelah seseorang itu mencapai kesempurnaan, maka apakah yang akan terjadi pada masyarakat Islam? Bangsa dan negara?
Justeru itu, sentiasalah memperkayakan diri dengan ilmu. Siap siagakan diri dengan hujah, dan beramallah dengan segala yang kita yakini. Atas kapasiti yang dimiliki, cegahlah kemungkaran yang kita lihat, samada dengan kuasa, tangan, atau membenci dalam hati. Ajaklah masyarakat muslim untuk melakukan ma'ruf. Inilah tugas dan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kita.
Sesungguhnya, aku rindu untuk menempuhi jalan itu bersama mereka. Kian lama terasa kian jauh, lantaran diri ini yang serba tidak berdaya. Namun semangat di dalam diri masih sama, seperti dahulu.
Sahabat2 yang aku kasihi, aku tahu kamu mengerti. Meskipun kita tidak berjuang bersama seperti dahulu, bukanlah bermakna aku meninggalkan apa yang aku yakini. Kita sama2 pernah merasakan manisnya perjuangan bukan? Dan itulah yang menjadi azimatku, dalam menempuhi dimensi hidupku kini yang serba kacau.
Aku mahu memperbaiki segala kepincangan yang terwujud. Kerana kepincangan yang wujud itu membuat aku hilang yakin untuk berbicara tentang apa yang aku yakini.
Aku tidak mahu menjadi orang yang tertewas, dan malu di hadapan Tuhanku. Maka dengan segala kudrat yang aku miliki, aku akan berusaha sepenuh daya untuk melepasi segala tembok rasa yang terbina teguh di dalam hati.
Semoga DIA memberiku masa untuk mengatur kembali segala kecelaruan ini...Dan aku amat berharap agar dapat kembali merasai jerih perih perjuangan di jalan yang aku cintai...

July 14, 2009
Kerinduan lagi
July 12, 2009
yang bernama hakikat
Mata terpaku lama ke arah monitor. Membaca setiap patah kata. Perlahan-lahan, tanpa sedar, air hangat mula bergenang di tubir mata. Hangat. Namun digagahkan hati untuk meneruskan pembacaan.
Setitis, dua titis, tiga titis, air hangat itu jatuh...
Oh Tuhan, jangan biarkan ketabahan yang dibina bertahun-tahun ini runtuh dalam sekelip mata. Cukuplah, airmata yang pernah terbazir. Ia tidak akan mengubah apa2. Hakikat yang pahit itu, tetap pahit untuk selamanya.
Aku tetap mendoakan. Setiap doaku ada untukmu dan kamu. Jua untuk diriku. Aku telah memaafkan, moga Dia juga memberi kemaafan kepadaku di hari pengadilan kelak. Aku redha, meskipun terlalu banyak janji yang tak tertunai.
"Inna ma'al 'usri yusra"

Part time tengah malam
Aku kena tagged! Sebenarnya aku malas sikit bab2 ni, tapi demi Izzah tersayang, aku gagahkan jua jari-jemari ini. Here it goes...
>> 5 fakta menarik tentang pemberi award nih..
1) Dia ni hepi go lucky. Susah nak tengok dia sedih2 (tp dalam hati Allah je yang tahu)
2) Terer debate
3) Dia sangat pandai jaga hati orang
4) Ada baju yang sama ngan aku
5) Nota dia 3x lebih kemas dari nota aku. Salute lah!
>>Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya.
1) Suka sangat warna hijau
2) Penunggu bulan yang setia
3) Menepati masa
4) Agak pendiam, tengok tempatlah
4) Suka travelling
5) Suka makan2, minum2, dan yang sewaktu dengannya
6) Silent reader. Aku lebih suka baca blog orang, tapi malas sikit nak komen ke apa
7) Tak boleh jumpa buku. Apalagi kedai buku. Wajib untuk masuk walaupun tak beli.
8) Pencinta alam dan haiwan (terutamanya kucing). Jangan pukul kucing depan aku, aku boleh 'panas'. Juga tak dapat tengok binatang kena sembelih, tak kiralah ayam ataupun lembu. Kalau tengok aku akan menangis, sensitif betul...
9) Family types
10) Suka tengok ragam manusia. Belajar dan memperbaiki diri melalui pengalaman hidup. Memerhati dan berfikir, lalu meletakkan ia sebagai cerminan diri.
>> Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..
1) Nur Hakimah A.Manan
2) Marlini Mesran
July 11, 2009
dont touch me!
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"
(Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)
Tiada maksud yang tersirat. Apa yang hendak disampaikan jelas amat. Mengimbau kembali peristiwa beberapa minggu yang lalu.
"Terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu..."
"Sama2..."
Sambil tersenyum dia menghulurkan tangan. Aku terkejut, lagak seperti terkena electric shock! Namun aku cepat2 kembali ke paras normal dan memaniskan wajah.
"Minta maaf..."
Hanya itu yang mampu kukatakan, memberi isyarat bahawa aku tidak boleh berjabat tangan dengannya. Alhamdulillah, dia memahami dan mungkin juga rasa bersalah.
Fenomena sebegini sering terjadi kepada para muslimat. Ada yang tidak mampu menolak, takut dikata biadab. Atau tidak tahu adab.
Selagi mampu menolak, tolaklah. Tapi biarlah dengan hikmah. Islam itu indah, Islam itu mudah. Bertindak sesuai dengan keadaan.
Pelihara maruah kita, pelihara kesucian kita. Bersosiallah, dalam garis syariat yang ditetapkan. Semoga perasaan malu yang dikurniakan Allah menjadi perisai menjaga diri dan nama...
"Janganlah perempuan2 itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan2 yang baik"
(Al-Ahzab:32)

Tengok sikit...
Ni masa kat Amansari resort. Punya excited budak baju merah tu. Ish3 memang budak kecik...
Tiba2 ada gambar ni. Jangan tersilap ye. Aku bukanlah rendah sangat. Cuma Ayu kat sebelah tu berdiri atas tempat tinggi, dahlah dia memang sedia tinggi. Alahai...
Ini modul yang aku paling suka. "Water confident" atau selepas diubahsuai menjadi "wa tak confident".
Kami berjalan menjauhi pantai dan akhirnya terapung di tengah laut. Ngeri bagi orang2 yang tidak pandai berenang seperti aku.
Tapi inilah pengalaman pertama aku. Seronoknya dapat mengapungkan diri (itupun dengan bantuan jaket oren).
Aku tahu fakta yang air laut masin. Dan rupanya memang masin, aku ingatkan biasa2 je. Seronok betul nida ngan marlini nampaknya.
Kalau perasan, pokok kat belakang tu sangat unik. Itulah sebabnya kami bergambar di sini. Sayang, tidak sampai beberapa jam selepas itu Kak Mar bergegas pulang kerana ayahnya dimasukkan ke wad. Kehilangan komiti yang pertama...
Inilah teman2 se'biro' aku. Terima kasih semua, terutama sekali pada Kak Wardah yang begitu menjaga kebajikan kami. Akak memang best!
Kak Zaini, Mar, Zie, Kak Wardah, Rizal, Azmir, Zhafri, Shahril (tiada dalam gambar)... Tidak dilupakan head com kami, Zul Yunus.
Memang seronok kerja ngan korang. Terima kasih atas sokongan kalian. Kita memang ada semangat wonderpet.
"Anda buntu kami bantu"

July 10, 2009
Ahlan wasahlan
Alhamdulillah..berlabuh sudah tirai penutup Taaruf Week 09/10. Walaupun penat yang teramat, tapi secara peribadinya aku rasa puas sangat. Terlalu banyak cabaran yang harus dilalui sepanjang seminggu ini. Terutamanya pada komiti2 yang harus pulang kerana masalah kesihatan ahli keluarga mereka. Sedikit sebanyak semangat aku hilang.
Tapi melihatkan teman2 yang bekerja keras, aku rasa terdorong untuk turut gigih berusaha. Bak kata head com aku, kita bekerja kerana Allah...
Tiba2 aku terasa hendak membeli kerusi gintell atau ogawa.
Lenguh sangat rasanya. Mungkin aku kena minum anlene untuk restore kalsium balik.
Oh ya, selamat datang kepada adik2 terutamanya yang dapat cos diet (nanti bolehla kita masak sama2). Treasure your life as a student, and never forget your role as a daie.
Together
We make the world a better place
Forever
Expand the culture of iqra'
IIUM is to realized
The meaning of Rahmatan lil A'lamin
(mercy to all the world)
For all mankind

July 5, 2009
kak kinah balik
Bilikku dipenuhi cebisan kertas. Baru saja habis sesi menggunting. Berjaya!
Kak Kinah dah balik. Taklah aku sorang2 kat bilik ni. Paling utama, adalah orang yang nak diusik. Biasalah, itu memang kerja aku.
Kak kinah bagi purse warna hijau. Cantik! Nantilah aku tunjuk. Beli kat jogjakarta, hari tu dia praktikal kat sana sebulan. Lepas tu kak kinah beli alas kaki baru, warna hijau gak. Cantik! Dia kata memang dia sengaja beli warna tu untuk aku. Aku kan pencinta hijau =)
Aku masih lagi terfikir-fikir tentang apa yang aku lihat dan nampak. Apa dia?
Jeng3...(bak kata nabil specialist)
Takpelah, biarlah rahsia. Nanti aku jadi makin tak betul pulak. Esok ada banyak lagi kerja menunggu. Selamat malam~
-Semoga ada esok untukku-

July 3, 2009
yang sentiasa dekat
Rasa lenguh di sana sini. Faham benar, pasti sekali kerana aku membawa lebih muatan beberapa hari lepas. Aku menggalas beg belakang yang sarat dengan laptop dan sebagainya, sebelah tangan pula membawa beg sederhana besar yang agak berat. Sebelah tangan lagi membawa beg tarik seberat 12.6kg. Aku mengerah seluruh kekuatan untuk mengangkut barang2 tersebut menaiki bilikku yang berada di tingkat 4. Alahai..kalaula ada lif...
Aku mahu menulis lagi tapi mataku sudah mengantuk. Penat sedikit. Semoga kesibukan ini tidak membuatku lalai dari mengingati DIA. Aku merasa berdosa, kerana DIA yang sentiasa dekat kadangkala kuabaikan. Ya Rahman, janganlah Kau biarkan aku terpedaya dengan perhiasan dunia yang sementara, kerana yang abadi hanyalah akhirat yang tiba entahkan bila...
Jangan biarkan hatiku keliru dengan pelbagai definisi bahagia. Kerana bahagia yang hakiki hanyalah apabila aku bisa menghuni jannah dan bersua denganMu. Dan aku mohon agar hatiku tidak dikuasai dengan perasaan takut, kerana aku yakin Kau selalu ada bersama memberi pertolongan. Kau yang selalu dekat, hanya aku yang kadangkala menjauh...
Dengarkanlah, dan berilah ketenangan kepada hati ini, ya Rahim...

July 2, 2009
Entahlah...
Bertemu bulan lagi
Entah untuk keberapa kali
Tapi mengapa hingga saat ini
Sang bulan tiada mendengar suara hati
Berkatalah walau sepatah
Agar tenang hatiku yang gundah
Sedih dan sayu singgah di jiwa
Kenangan silam mengguris rasa
Kecewakah dengan persoalan yang tak pernah terjawab?
Atau mahu terus mengharap?
Sang bulan berkata
"tanyalah pada kejora"
Namun aku kecewa lagi
Sang kejora hanya berkerdip tanpa suara
Jawapan atau satu lagi persoalan?

duhai si kecil
Alhamdulillah, aku baru sahaja balik dari induction untuk taaruf week. Namun itu bukanlah kelegaan muktamad, kerana masih banyak kerja2 yang menunggu. Apapun, bukan itu yang ingin aku kongsikan. Sudah lama aku ingin menulis entri ini. Ianya mengenai pembentukan peribadi anak2. Sudah lama aku memerhatikan hal ini, dan ada beberapa hal yang penting sekali untuk kita jadikan sebagai panduan dalam mendidik anak2 kecil.
Pernahkah kita terfikir, kenapakah ada segelintir anak2 yang bersikap 'kasar' hatta terhadap ibubapanya sendiri? Adakah kerana pengaruh bahan bacaan, media massa, atau rakan sebaya?
Semuanya sedikit sebanyak tentulah mempengaruhi pembentukan peribadi anak2. Namun peribadi anak2 hakikatnya berada sejak mereka berada di dalam rahim ibu lagi. Ada situasi yang mana si ibu sentiasa membaca kalamullah dan menyebut hal2 yang baik sahaja di sepanjang tempoh kehamilan. Tapi sebaik sahaja si ibu selamat melahirkan bayinya, dia terus meninggalkan amalan2 yang dilakukannya sepanjang 9 bulan 10 hari tersebut. Dan anak itu pula kurang diperdengarkan dengan ayat2 suci Al-Quran, sebaliknya senantiasa disajikan dengan lagu bon jovi, madonna dan kylie minogue. Seperti apakah nanti jadinya minda anak2 itu?
Semasa 2 tahun pertama kelahiran, si kecil menjadi cabaran yang sangat besar kepada para ibubapa. Mereka punya 1001 ragam yang harus ditangani dengan penuh sabar dan kasih sayang. Fenomena ibubapa muda pada hari ini adalah mereka kurang membelai anak2 mereka dengan sentuhan dan pelukan. Ianya mungkin kelihatan remeh, namun sentuhan ibu dan ayah merupakan jambatan kasih sayang yang bisa meresap jauh ke lubuk hati anak2, meskipun mereka belum mengerti. Hangatnya pelukan seorang ibu, hebatnya aliran kasih sayang ibu, hingga seorang anak merasa begitu selamat apabila bersama dengannya. Malangnya, kehidupan yang 'hectic' menyebabkan ibubapa terlepas pandang akan hal ini. Tidak dinafikan, kesenangan material juga penting sebagai jaminan keselesaan sesebuah keluarga. Namun biarlah ianya seimbang.
Aku pernah melihat seorang anak kecil yang sedang menangis kerana tidak mahu tidur dan akhirnya dipukul serta dicubit oleh ibunya yang kurang sabar. Bertambah nyaringlah suara si anak, dan itu amat meruntun hatiku. Mengapakah anak sekecil itu dipukul? Apakah yang dia mengerti tentang makna kehidupan? Mungkin si anak tidak mahu tidur kerana lapar, sakit perut ataupun matanya belum mengantuk. Sedangkan kita yang sudah dewasa inipun selalu sahaja tidak dapat melelapkan mata. Jadi untuk ibu dan bakal ibu, bersabarlah dalam menghadapi hal2 sebegini. Belai dan peluklah anak2, perdengarkanlah mereka dengan zikir dan ayat2 suci, dan besarkan mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Anak2 yang terlalu kerap dipukul dan diherdik akan membesar menjadi insan yang kasar dan keras kepala. Dalam ketegasan, harus ada kelembutan. Dan hubungkanlah kasih sayang melalui sentuhan, jangan biarkan wujudnya tembok pemisah antara anak2 dan ibubapa. Aku mengerti sekali bahawa anak2 yang pada masa kecilnya selalu dibelai oleh ibunya, tidak akan pernah sekali melupakan ibunya walau di mana sahaja dia berada apabila si anak sudah dewasa. Si anak akan sentiasa mahu dekat dengan ibunya, merasa selamat apabila bersama, dan selalu mendoakan apabila berjauhan. Kerana itu yang juga aku rasai terhadap ibuku yang sering memberikan pelukan kasih sayangnya sejak kecil, dan kehangatan kasih sayang ibu masih terasa walaupun kami dipisahkan oleh laut china selatan. Hebat bukan?
Kesimpulannya, kasih sayang bukan hanya dizahirkan di mulut, bukan juga hanya dengan memberikan kesenangan material, tapi ia juga harus ditunjukkan melalui sentuhan fizikal. Hanya dengan itu, barulah anak2 akan memahami bahawa mereka disayangi dan semoga mereka akan menjadi penerus perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat...

Subscribe to:
Posts (Atom)