Rasa lenguh di sana sini. Faham benar, pasti sekali kerana aku membawa lebih muatan beberapa hari lepas. Aku menggalas beg belakang yang sarat dengan laptop dan sebagainya, sebelah tangan pula membawa beg sederhana besar yang agak berat. Sebelah tangan lagi membawa beg tarik seberat 12.6kg. Aku mengerah seluruh kekuatan untuk mengangkut barang2 tersebut menaiki bilikku yang berada di tingkat 4. Alahai..kalaula ada lif...
Aku mahu menulis lagi tapi mataku sudah mengantuk. Penat sedikit. Semoga kesibukan ini tidak membuatku lalai dari mengingati DIA. Aku merasa berdosa, kerana DIA yang sentiasa dekat kadangkala kuabaikan. Ya Rahman, janganlah Kau biarkan aku terpedaya dengan perhiasan dunia yang sementara, kerana yang abadi hanyalah akhirat yang tiba entahkan bila...
Jangan biarkan hatiku keliru dengan pelbagai definisi bahagia. Kerana bahagia yang hakiki hanyalah apabila aku bisa menghuni jannah dan bersua denganMu. Dan aku mohon agar hatiku tidak dikuasai dengan perasaan takut, kerana aku yakin Kau selalu ada bersama memberi pertolongan. Kau yang selalu dekat, hanya aku yang kadangkala menjauh...
Dengarkanlah, dan berilah ketenangan kepada hati ini, ya Rahim...
July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment