Alhamdulillah, aku baru sahaja balik dari induction untuk taaruf week. Namun itu bukanlah kelegaan muktamad, kerana masih banyak kerja2 yang menunggu. Apapun, bukan itu yang ingin aku kongsikan. Sudah lama aku ingin menulis entri ini. Ianya mengenai pembentukan peribadi anak2. Sudah lama aku memerhatikan hal ini, dan ada beberapa hal yang penting sekali untuk kita jadikan sebagai panduan dalam mendidik anak2 kecil.
Pernahkah kita terfikir, kenapakah ada segelintir anak2 yang bersikap 'kasar' hatta terhadap ibubapanya sendiri? Adakah kerana pengaruh bahan bacaan, media massa, atau rakan sebaya?
Semuanya sedikit sebanyak tentulah mempengaruhi pembentukan peribadi anak2. Namun peribadi anak2 hakikatnya berada sejak mereka berada di dalam rahim ibu lagi. Ada situasi yang mana si ibu sentiasa membaca kalamullah dan menyebut hal2 yang baik sahaja di sepanjang tempoh kehamilan. Tapi sebaik sahaja si ibu selamat melahirkan bayinya, dia terus meninggalkan amalan2 yang dilakukannya sepanjang 9 bulan 10 hari tersebut. Dan anak itu pula kurang diperdengarkan dengan ayat2 suci Al-Quran, sebaliknya senantiasa disajikan dengan lagu bon jovi, madonna dan kylie minogue. Seperti apakah nanti jadinya minda anak2 itu?
Semasa 2 tahun pertama kelahiran, si kecil menjadi cabaran yang sangat besar kepada para ibubapa. Mereka punya 1001 ragam yang harus ditangani dengan penuh sabar dan kasih sayang. Fenomena ibubapa muda pada hari ini adalah mereka kurang membelai anak2 mereka dengan sentuhan dan pelukan. Ianya mungkin kelihatan remeh, namun sentuhan ibu dan ayah merupakan jambatan kasih sayang yang bisa meresap jauh ke lubuk hati anak2, meskipun mereka belum mengerti. Hangatnya pelukan seorang ibu, hebatnya aliran kasih sayang ibu, hingga seorang anak merasa begitu selamat apabila bersama dengannya. Malangnya, kehidupan yang 'hectic' menyebabkan ibubapa terlepas pandang akan hal ini. Tidak dinafikan, kesenangan material juga penting sebagai jaminan keselesaan sesebuah keluarga. Namun biarlah ianya seimbang.
Aku pernah melihat seorang anak kecil yang sedang menangis kerana tidak mahu tidur dan akhirnya dipukul serta dicubit oleh ibunya yang kurang sabar. Bertambah nyaringlah suara si anak, dan itu amat meruntun hatiku. Mengapakah anak sekecil itu dipukul? Apakah yang dia mengerti tentang makna kehidupan? Mungkin si anak tidak mahu tidur kerana lapar, sakit perut ataupun matanya belum mengantuk. Sedangkan kita yang sudah dewasa inipun selalu sahaja tidak dapat melelapkan mata. Jadi untuk ibu dan bakal ibu, bersabarlah dalam menghadapi hal2 sebegini. Belai dan peluklah anak2, perdengarkanlah mereka dengan zikir dan ayat2 suci, dan besarkan mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Anak2 yang terlalu kerap dipukul dan diherdik akan membesar menjadi insan yang kasar dan keras kepala. Dalam ketegasan, harus ada kelembutan. Dan hubungkanlah kasih sayang melalui sentuhan, jangan biarkan wujudnya tembok pemisah antara anak2 dan ibubapa. Aku mengerti sekali bahawa anak2 yang pada masa kecilnya selalu dibelai oleh ibunya, tidak akan pernah sekali melupakan ibunya walau di mana sahaja dia berada apabila si anak sudah dewasa. Si anak akan sentiasa mahu dekat dengan ibunya, merasa selamat apabila bersama, dan selalu mendoakan apabila berjauhan. Kerana itu yang juga aku rasai terhadap ibuku yang sering memberikan pelukan kasih sayangnya sejak kecil, dan kehangatan kasih sayang ibu masih terasa walaupun kami dipisahkan oleh laut china selatan. Hebat bukan?
Kesimpulannya, kasih sayang bukan hanya dizahirkan di mulut, bukan juga hanya dengan memberikan kesenangan material, tapi ia juga harus ditunjukkan melalui sentuhan fizikal. Hanya dengan itu, barulah anak2 akan memahami bahawa mereka disayangi dan semoga mereka akan menjadi penerus perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat...
July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment