Ni masa kat Amansari resort. Punya excited budak baju merah tu. Ish3 memang budak kecik...
Tiba2 ada gambar ni. Jangan tersilap ye. Aku bukanlah rendah sangat. Cuma Ayu kat sebelah tu berdiri atas tempat tinggi, dahlah dia memang sedia tinggi. Alahai...
Ini modul yang aku paling suka. "Water confident" atau selepas diubahsuai menjadi "wa tak confident".
Kami berjalan menjauhi pantai dan akhirnya terapung di tengah laut. Ngeri bagi orang2 yang tidak pandai berenang seperti aku.
Tapi inilah pengalaman pertama aku. Seronoknya dapat mengapungkan diri (itupun dengan bantuan jaket oren).
Aku tahu fakta yang air laut masin. Dan rupanya memang masin, aku ingatkan biasa2 je. Seronok betul nida ngan marlini nampaknya.
Kalau perasan, pokok kat belakang tu sangat unik. Itulah sebabnya kami bergambar di sini. Sayang, tidak sampai beberapa jam selepas itu Kak Mar bergegas pulang kerana ayahnya dimasukkan ke wad. Kehilangan komiti yang pertama...
Inilah teman2 se'biro' aku. Terima kasih semua, terutama sekali pada Kak Wardah yang begitu menjaga kebajikan kami. Akak memang best!
Kak Zaini, Mar, Zie, Kak Wardah, Rizal, Azmir, Zhafri, Shahril (tiada dalam gambar)... Tidak dilupakan head com kami, Zul Yunus.
Memang seronok kerja ngan korang. Terima kasih atas sokongan kalian. Kita memang ada semangat wonderpet.
"Anda buntu kami bantu"
July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment