July 26, 2009

merah mata putihku

Namun kupohon kepada Al-Rahman akan keampunan
Dan liba
san pedang mencampak buih
Atau tusukan tombak tanganku bak orang dahaga
Yang merobek tali perut dan urat jantung
Biar orang berkata tatkala lalu di kuburku
Hati yang ditunjuki Allah

Benarlah dia mendapat petunjuk


Itulah bait2 syair yang dilantunkan oleh Abdullah bin Rawwahah sebelum beliau berangkat ke medan Muktah. Terkesan aku pada setiap kata2 yang melambangkan jiwa yang teguh. Dan syair2 beliau bukanlah omong kosong, ia telah dimanifestasikan dengan pengorbanan jiwa di jalan Allah. Abdullah bin Rawwahah syahid di medan Muktah.


Aku bersumpah hai jiwa
Turunlah kamu samada terpaksa atau rela hati
Tidakkah manusia sudah bertempik menjerit melolong

Mengapa kulihat engkau bencikan syurga


Sebuah lagi syair yang beliau lantunkan tatkala menerima bendera daripada Ja'far bin Abu Talib, panglima perang yang kedua selepas Zayd bin Harithah. Kedua-duanya telah gugur syahid dalam keadaan yang amat tragis.

Mereka tentunya sedang berbahagia di sisi Tuhan. Sedangkan kita masih terkapai-kapai, entah di mana dan bagaimana penghujung kehidupan kita.

Entri ini khas kutujukan buat diriku yang selalu dikuasai malas. Aku sedang mencari formula terbaik untuk diri ini lebih fokus semasa berada di dalam kelas, terutamanya kelas ungs. Serius, aku rasa amat bersalah kerana tidak pernah betul2 fokus di dalam kelas ungs beberapa minggu ini. Mata sering terasa berat. Selalu sahaja mata putihku menjadi merah, dek melawan rasa mengantuk yang amat dahsyat.

Asif jiddan!
p/s: kaki ayam banyak kolagen



4 comments:

lightofwisdom said...

lawak jiddan~
nak juga letak 'kaki ayam' tu eh, hatta letak kat footnote pun da puas hati eh?
hehehe ^____
^

SuTeRa said...

hehe kempen mari makan kaki ayam
kasi tambah kolagen
kte pnah rasala dulu
dulula..not bad la kot
kimah kne masakkan utk ktela~

lightofwisdom said...

hehe...

k ana kan ade

nanti wat special request dekat k ana, masakkan gulai kaki ayam, rendang kaki ayam, tom yam kaki ayam, kaki ayam masak lemak, kaki ayam bla bla bla...

kui3..

SuTeRa said...

uish
xleh bayangkan...
pastu awakla kena abeskan smuanya
kte tlg tgk je ok?
hehe