July 21, 2009

Uhibbuki fillah

Alhamdulillah...alhamdulillah...
Hanya kalimat ini yang memenuhi ruangan hatiku sebaik sahaja mendengar perkhabaran itu. Syukur ya Tuhan, atas rahmat yang tidak putus2 terhadap hamba-hambaMu ini.

Tidak tergambar perasaanku ketika ini. Cas negatif hilang serta merta, berganti dengan perasaan nan berbunga-bunga. Mabruk untukmu sahabat! Dalam diam rupanya ada rahsia yang tersimpan rapi. Aku amat bahagia untukmu. Kau sungguh bertuah.

Kita bersama meniti perjuangan. Kita jua pernah menangis bersama-sama. Sahabat, hadirmu membawa sejalur keceriaan dalam hidupku. Aku menyaksikan perubahan demi perubahan dalam dirimu. Maha suci Allah, dengan hidayahNya yang tak pernah putus, kau telah menjadi permata Islam yang amat berharga. Kau serikandi yang mapan, tidak jemu menyebar risalah agama yang mulia. Sahabat sepertimu bagiku satu dalam seribu. Mungkin jua berjuta.

Sahabat yang kusayangi kerana Allah, semoga jalanmu dipermudahkan. Andai dia benar2 ditakdirkan buatmu, kudoakan moga kalian berkekalan hingga ke syurga...

Sahabat, andai jasad mengorak tarbiyyah, meneruskan mujahadah, maka biarlah hati kita menempuhnya~

2 comments:

Anonymous said...

Siapakah?

SuTeRa said...

Jgn risau, sampai masanya tahulah siapa gerangan =)