March 2, 2009

suatu masa dahulu

Suatu masa dahulu
hati ini pernah terleka
Allah mengujiku dengan kehadiran cinta
dan rupanya aku tak cukup kuat untuk menolaknya
lantas kuberi hati dan membina impian untuk hidup bahagia
sepenuh hati aku selalu berdoa untuknya
aku genggam impian itu erat2
hingga terlupa bahawa Allah ada perancangan-Nya
matlamat tidak pernah menghalalkan cara
namun jiwa ini tak cukup kuat untuk meninggalkan keindahan yang dirasa
hingga satu saat aku tersedar
hidup ini sementara cuma
bila lagi untukku perbetulkan kesilapan?
andai terlewat menyesal tiada guna
aku tinggalkan cinta kerana Allah
cinta itu seketika telah menjauhkan aku dari-Nya
maafkan aku Rabbi
aku lemah sekali
aku menangisi kehilangan itu dan terus-menerus meminta petunjukMu
seolah tidak yakin dengan perancanganMu
dan akhirnya Kau singkap tirai kebenaran
Kau benamkan semua kepalsuan
aku bersyukur kerana tidak terus hanyut
terima kasih kerana memberiku kekuatan ini
walau hatiku patah
bersama impian yang musnah
ia telah menyedarkan aku tentang hakikat cinta sejati yang hakiki
terimalah aku kembali ya Rabbi
kumohon cintaMu yang Maha Kudus...
langkah ini langkah mujahidah
aku takkan pernah berpaling
biarkan semuanya berlalu
kisah itu telah lama kutinggalkan
walau kadangkala ia mengetuk pintu hati
kini aku hanya mahu cinta Ilahi...

No comments: