March 12, 2009

Kisah kucing

Mulai hari ini SuTeRa akan berbahasa 'aku'. Lebih mudah kot, walaupun tidak pernah menggunakannya dalam perbualan harian.

Rasanya kita banyak bercakap tentang isu2 yang besar. Jadi kali ini aku terfikir hendak menulis tentang isu yang mungkin remeh namun sebenarnya agak penting. Populasi kucing di UIA kian meningkat. Warga UIA Kuantan tentu sudah maklum akan hal ini. Aku sukakan kucing, jadi menjadi satu kemestian bagiku untuk beramah mesra dengan mereka. Cuma sesekali aku rasa sayu melihat status kehidupan mereka yang terbiar. Entah bagaimana mereka boleh menjadi penghuni taman ilmu dan budi ini. Kasihan melihat wajah2 yang kelaparan, maklumlah kucing terbiar jadi tentulah terpaksa berjuang mencari makanan. Samada dari tong sampah ataupun mendapat belas dari peniaga kafe yang sudi memberikan lebihan makanan.

Di mahallah pula, memang banyak sekali kucing yang berkeliaran. Boleh dijumpai di tangga2 dan di atas rak kasut. Seringkali mereka bergaduh, dan aku selalu tergelak sendiri dalam menafsir sebab pergaduhan kucing2 itu. Berebut pasangankah? Atau berebut harta pusaka? Mungkin juga kerana dengki. Alangkah bagus kalau aku mengerti bahasa kucing.

Aku terharu melihat ramai sister sudi berbuat ihsan terhadap makhluk comel ini. Andai ada lebihan makanan, maka adalah rezeki mereka. Kadangkala makcik cleaner marah kerana kami mengotorkan lantai dengan memberi kucing makan. Betul juga. Makcik sudah bersusah-payah mengemop lantai, tiba2 kotor semula. Takkan nak salahkan kucing kerana tidak makan dengan tertib?
Istilah tertib hanyalah untuk manusia yang berakal.

Kalian rasa entri ini mengarut? Terpulang. Padaku hal ini sama pentingnya dengan aspek kehidupan yang lain.
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya"
(Az-Zalzalah:7-8)

'Ala kulli hal, untuk memahami orang lain, kita kena cuba meletakkan diri kita dalam situasi orang tersebut. Sama juga dalam situasi ini. Aku menulis entri ini mungkin kerana terkilan melihat kekasaran segelintir daripada kita terhadap makhluk Allah itu. Kalau kita faham makna kelaparan dan kebuluran, mungkin tidak ada orang akan menyepak kucing kerana rimas dengan kucing yang asyik "miow3". Makhluk itu tidak berakal. Kita pula berakal. Maka bertindaklah selaras dengan kurniaan akal.

Berbuat baiklah selagi berpeluang, hatta pada seekor semut, semoga keikhlasan hati kita diberi ganjaran oleh Allah azzawajalla dan semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang berbudi..



Inilah si botet, kucingku yang pemalas. Beliau hanya tahu makan dan tidur. Tengoklah, beliau terbaring kekenyangan+kemengantukan barangkali. Beliau juga suka berposing di hadapan kamera. Mempunyai misai yang panjang, tapi berekor pendek.

No comments: