Hari ini kami pelajar2 diet first year (sister) konvoi ke kenduri kahwin kakak kepada salah seorang sahabat kami. Berangkat dari uia dengan penuh semangat ditambah pula dengan semangat mahu makan nasi minyak. Sudah lama tidak menghadiri kenduri kahwin. Tema perkahwinan kakak zie adalah warna hijau. Cantik! Pelamin raja sehari juga sangat comel, hingga aku pula yang terasa hendak duduk di situ (tapi tak tahulah dengan siapa). InsyaAllah, majlis aku nanti juga akan serba hijau (wajib ni).
Balik dari kenduri, aku dan beberapa orang sahabat singgah ke Kuantan parade. Di sini bermulanya perjalanan yang menyesakkan. Ujibakat nyanyian sedang diadakan. Aku hanya mampu mendengar dan kadangkala memekakkan telinga kerana tidak tahan dengan bunyi dan suara yang entah apa2. Lagu yang dinyanyikan semuanya tentang cinta dan kekasih hati. Peserta pula tidak terkata ramainya. Muzik pula sangat bingit hingga aku rasa hendak mensabotaj sahaja sumber elektrik di situ. Sabar2, innallaha ma’assoobiriin.
Inilah penjara dunia manusia. Hedonism. Terlalu cintakan hiburan sehingga lupa batas dan sempadan. Wanita sudah tidak peduli tentang tuntutan menutup aurat. Tahu tapi tidak mahu ambil peduli. Tahu tapi buat2 tak tahu. Tahu tapi tuntutan ini kononnya sudah ketinggalan zaman, tidak sesuai dipraktikkan di dunia teknologi tanpa sempadan. Wanita bertudung tak semestinya baik, wanita moden mesti singkatkan tudung, wanita up to date kena pakai tudung yang nipis sehingga Nampak segala yang tersembunyi, wanita kena pandai berfesyen, pakai anting2 keluarkan sikit telinga dari tudung, wanita itu wanita ini....
Ah! Banyak sekali dalih2 untuk tuntutan yang satu ini. Kritis sekali pemikiran kita dalam memberi alasan. Teruslah hidup dalam penjara hedonism ini. Berhibur dan bergembiralah seolah-olah dunia ini tiada hujungnya. Kejarlah dunia dan isinya semahumu, andai ia tempat yang abadi bagimu. Berbuatlah semahumu, andai kau kira tiada pertanggungjawaban di hari perhitungan. Aku sangat lelah mencari penawar mabuk dunia.
Kak kinah sedang makan nasi dan budu di bilik sebelah. Sedapnya, dah lama tak makan budu (malas nak pegi pasar malam)..
No comments:
Post a Comment