March 4, 2009

Menilai keseimbangan

Akhir2 ini saya terlalu rajin meng'update' blog. Rasa mahu menulis dan terus menulis walaupun saya sendiri tak tahu apa yang ditulis. Mengapakah?? Ada sesuatu yang pelik mengganggu ketenangan hati. Itu amat disedari. Sesuatu yang tidak pasti dari mana datangnya dan bagaimana mengatasinya. Sebenarnya diri sedang berjuang menyiapkan financial report dan meng'adjust' budget yang telah digunakan sepanjang HEALS week. Entah mengapa tiba2 mendapat post sebagai treasurer sedangkan sepanjang 20 tahun hayat ini, tak pernah lagi saya melakukan tugas seorang treasurer. Oh, inilah cabaran barangkali. Peluang untuk belajar dan menimba pengalaman tidak boleh dipersiakan.

Sebenarnya ini yang hendak dikongsikan. Pernah tak kalian terfikir mengapa harus wujud kesedihan dalam hidup yang singkat ini? Tidak bolehkan jika hanya kegembiraan sahaja yang mewarnai kehidupan kita? Persoalan ini sering bermain-main di fikiran saya suatu ketika dahulu. Hinggalah tiba2 suatu hari terlintas jawapan yang dicari dengan tidak disangka-sangka.

Andai tiada kesedihan bolehkah kita memahami rasa kegembiraan? Tanpa melalui kesusahan dan kesukaran, kita tidak akan mengecapi nikmat kebahagiaan dan kesenangan. Kerana manusia yang tidak pernah berhadapan dengan kesedihan juga tidak akan mengerti tentang perasaan bahagia meskipun dia berada dalam suasana yang membahagiakan.

Mengelirukan?

Mari kita lihat contoh yang lebih mudah. Kaya lawannya miskin. Kenapa mesti ada yang miskin? Allah boleh sahaja mengurniakan kekayaan kepada semua hambaNya. Begini, orang kaya semestinya punya wang yang banyak, rumah yang selesa serta memiliki kereta mewah. Inilah persepsi kita tentang orang kaya. Orang miskin pula tentulah sebaliknya, dengan kata lain mereka hidup dalam kedaifan. Bayangkan, jikalau tiadalah diciptakan kemiskinan di dunia ini, bagaimana kita hendak menilai kekayaan? Kesimpulannya, istilah 'kaya' tidak akan wujud pun di dunia! Betul tak?

Jelas?

Subhanallah..hebatnya Allah yang menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Kerana pasangan2 ini saling memaknakan antara keduanya.

Tinggi dan rendah
Siang dan malam
Panjang dan pendek
Kasih-sayang dan kebencian
Suka dan duka
Tidur dan jaga
Hidup dan mati

Ya, tanpa keseimbangan ini, dunia tidak akan wujud sebagaimana sekarang. Saya sendiri selalu bertanya pada diri, mengapakah kita harus berhadapan dengan pelbagai kesukaran sehingga adakalanya ia mengemis airmata kesedihan...?

Jawapannya ialah supaya kita akan lebih menghargai nikmat kebahagiaan andai ia hadir dalam kehidupan..seorang mukmin harus tabah menghadapi ujian dan bersyukur apabila menerima ganjaran..

Pandanglah di sekeliling, betapa ramai manusia yang tidak tahu menghargai nikmat usia yang dimiliki~sedangkan hidup pasangannya mati~

No comments: