March 5, 2009

'The Arrival'

Sudah pagi tapi mata tidak mahu lelap..mengapakah?
banyak berfikir??
oh, saya bukanlah pemikir negara. Cuma saya dan beberapa orang sahabat baru sahaja menonton siri 'The Arrival'..cerita yang mengisahkan tentang kedatangan dajjal...
Ada 52 siri tapi kami baru berjaya menonton 15 siri. Setiap siri dalam lingkungan 6-10 minit. Kami hanya mampu beristighfar...
Terkejut dengan realiti yang berlegar di sekitar kehidupan kita. Ia bergerak dengan begitu perlahan tanpa kita sedari. Seperti ular di dalam semak...

Apa yang dapat saya simpulkan, there are people preparing for the arrival of dajjal!
Tanpa kita sedari, kehidupan kita dilingkungi oleh sistem dajjal. Ia begitu hampir malahan ada yang telah menjadi sebahagian dari diri kita. Sistem ini diwujudkan dengan sengaja, tanpa dapat dikesan malah ia menjadi sebahagian dari diri manusia.

Ingin tahu? Saya tidak dapat bercerita dengan lebih lanjut, kerana kami juga belum berkesempatan menghabiskan siri cerita tersebut. Malahan masih ada beberapa perkara yang kurang jelas. Biarlah saya memberi sedikit gambaran..

Ada rahsia tersirat pada binaan kebanyakan bangunan2 pencakar langit di Barat sana..
Ada misteri pada struktur piramid..
Ada yang tersembunyi di sebalik lukisan watak kartun yang kita lihat di kaca televisyen..
Ada realiti ngeri pada lagu2 madonna..
Ada tujuan pada setiap gerakan dan lirik..
Ada kecurigaan untuk imej mata satu yang tidak kelihatan..
Ada yang mereka puja..

Ada agenda tersembunyi di sebalik struktur binaan bangunan, lagu2 dan filem hollywood, serta pemikiran2 dan gaya hidup yang mereka amalkan. Ada sesuatu di sebalik semua ini, sesuatu yang bukannya terjadi secara kebetulan. Kerana tiada kebetulan di dunia ini.

We'll figure it out. Degupan jantung saya sangat laju sepanjang menonton siri ini. Yang pasti, ada yang menanti kedatangan dajjal, malah berusaha mempermudahkannya.

Kita akan berkongsi lagi pada entri yang seterusnya~selepas habis menonton siri ini~

4 comments:

Anonymous said...

haa len x jgn tgk da katun2 disney ye cek husna..

SuTeRa said...

anonymous,
husna xtgk katun disney sgt pun
tgk pingu je..
tp pasni x tgk dah!

Anonymous said...

bagus menonton the arrival...tapi sejauh mane keyakinan kite dgn the arrival??tak patut percaye 100% rasenye...
terlampau banyak kebetulan pun mungkin menimbulkan keraguan..bukan bermaksud menidakkan cume sekadar mengingatkan yang di dalam the arrival itu sendiri membuatkan kite lagha....maybe...asif jiddan!!

SuTeRa said...

betol tu, SuTeRa pun setuju bhw kte xleh percaya 100 peratus.however, ape yg ditengok tu elokla difikirkan dan jadi trigger untuk kte cari kesahihan fakta..
yg betol ambik jadi peringatan kan?
tp pasal illuminati, ufo dan bbrp benda lg ada fakta yang meyakinkan.SuTeRa agak ralit juga mencari kebenaran.ada satu buku harun yahya tu pun agak ada persamaan..