March 10, 2009

Bertemu bulan


Malam ini aku bertemu bulan penuh. Sudah lama aku menunggunya. Mengharapkan kehadirannya untuk mengurangkan kegundahan hati. Indahnya ciptaan Tuhan..aku terpaku di hadapan keagungan ciptaan-Nya..mendongak ke langit sambil menghitung bintang2 dan menikmati cahaya bulan, itu rutinku sejak kecil. Itu afalku.

"Husna cepat malam ni bulan cantik!"
"Tu kawan husna dah datang"
"Ingatla saya kalau tengok bulan penuh"

Ini antara kata2 sahabat2ku yang selalu mengusik jiwa. Mereka sudah memahami aku yang suka melihat bulan, sehingga menggelarkan bulan sebagai kawanku. Tersenyum sendiri mengenangkan kenangan silam.

Bukan berangan, bukan berkhayal, aku juga kurang mengerti bagaimana wujudnya perasaan ini. Semasa kecil aku pernah bermimpi bulan masuk ke bilikku dan membawaku terbang ke langit. Oh, betapa aku mengharapkan semua itu benar. Hingga sekarang pun, aku masih punya harapan sebegitu. Harapan yang mustahil semestinya.

Melihat bulan menimbulkan sejuta kesyukuran dalam hati. Bahawa Allah masih memberiku hayat untuk menatap keindahan itu. Adakalanya cahaya bulan seakan terbias di hati, menyuluh jalan kesamaran.

Ibu juga pasti sedang menatap bulan yang sama. Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa aku merindukan ibu. Setiap hari aku berusaha untuk tabah, aku berusaha semampuku. Tidak mahu terlalu melayan perasaan sedih dan sayu sendirian di rantau orang. Aku sabarkan jiwa agar tidak mudah lemah, inilah mujahadah yang harus ditempuhi dengan lapang dada.

Andai ada hayat diberi, akan ada kesempatan untuk bertemu kembali dengan insan2 tersayang. Ayah, ibu, semoga Allah menghadirkan pertemuan untuk kita...

Adakalanya ketabahan diri terlalu rapuh, sehingga rasa tak mampu melangkah. Ada waktunya rasa takut menyelubungi. Ada waktunya rasa begitu terasing walau punyai ramai teman. Ada waktunya keliru dalam kehidupan. Perasaan ini silih berganti di dalam hati, namun aku cuba juga untuk tersenyum dan tertawa. Kerana atas segalanya, aku masih punya Ar-Rahman yang sentiasa menghadirkan penawar pada setiap luka yang singgah di hati...
Hati perlu tersenyum~

2 comments:

annamlatun said...

Oh bulan...=)

Mun bulan masuk dalam bilit kitak, iboh lupak singgah di bilit kamek!!!

SuTeRa said...

oh..
x muat bah nak masuk bilit kitak
hehe