December 30, 2009

mari derma darah

Tutup cerita sedih.



Sudahkah kalian menderma darah?


Jangan takut! Bayangkan, berapa banyak nyawa yang akan dapat diselamatkan dengan darah kalian...


Ini saham akhirat.


......................................................................................................................................................................


Sudahkah aku menderma darah??


Ini sebahagian daripada kata2 doktor2 yang bertugas:


"Darah untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana awak nak derma darah kat orang lain?"

"Kami dah buatkan appoinment untuk awak, sila datang ke Pusat Darah Negara"

"Darah sikit sangat ni dik"

"Keciknya jari. Tembus jugak jarum ni"


Kesimpulannya, aku tak berjaya lagi untuk mendermakan darah.


Sebab?


Haemoglobin aku tak cukup! T_T





Padahal aku dah ambik makanan secara seimbang, dan sumber zat besi yang mencukupi. Sayur bayam jadi keutamaan, ayam dan ikan tentulah juga tak pernah tak dimakan. Satu je yang kurang, aku tak makan hati (bukan peribahasa). Hati kaya dengan zat besi.


Kerana teh ais kah?


Aku tak minum teh ais sambil makan. Kalau minum teh ais sambil makan, tentulah ianya akan menghalang penyerapan zat besi. Aku jelas tentang itu.


Supplement?


Aku tak suka makan ubat!


p/s: Dah 6 kali aku nak derma darah, tapi tak berjaya. Kali ke-7?

December 27, 2009

hikmah ujian

Aku agak kesal dan terkilan, kerana banyak panggilan telefon dari ayah yang tidak berjawab. Itu yang terjadi beberapa hari ini. Aku, kalau sudah ralit dengan kerja, memang terlupa dan kurang alert dengan bunyi telefon. Sehingga suatu pagi selepas subuh, barulah aku berpeluang melepas rindu bercakap dengan ayahbonda tercinta. Ah,rindu, sungguh aku rindu.


Mereka sedang sibuk dengan urusan berpindah rumah. Aku berlagak ceria. Riuh bertanya itu ini. Jauh di sudut hati, aku rasa sungguh pilu. Sayu. Hakikat yang terlalu pahit. Kehidupan, siapa yang dapat menjangka?


Ya, aku semakin mengerti.


Sekilas, aku menoleh ke masa silam. Kutemukan lagi suatu hikmah ujian. Apa yang berlaku suatu ketika dahulu, sememangnya bagi mempermudahkan kehidupanku kini. Subhanallah, Allah jua yang Maha Mengetahui.


Teman, dunia kita berbeza. Perbezaan itu tidak memungkinkan semuanya.


Rupanya itulah yang tersirat.


Terima kasih Tuhan!


"Sesungguhnya apa yang berlaku itu benar-benar membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah yakni bagi mereka yang memperhatikan kekuasaan-Nya"
(Al-Hajr: 75)

December 24, 2009

untitled


Keliru











Di dua persimpangan











Aku berserah pada sebaik-baik Perancang













Untuk aku teruskan perjalanan!



December 18, 2009

titipan 1 Muharam

Dingin sekali pagi ini. Pagi 1 Muharam. Semasa peristiwa hijrah, agaknya Rasulullah sedang bagaimana ya ketika ini?


Peristiwa besar tersebut membuat airmata bergenang. Jalan dakwah kekasih Allah itu sangat teruji. Sungguhpun begitu, Allah tidak akan sesekali meninggalkan insan yang dikasihiNya sendiri.


"Innallaha ma'ana"


Untuk itu, hijrah kali ini aku mahu berusaha untuk lebih kuat dan tidak mudah mengalah. Meyakini keberadaan Allah setiap masa, setiap dugaan haruslah ditempuhi dengan lapang dada. Juga sentiasa meletakkan pergantungan hanya kepada Dia semata-mata, kerana segala yang berlaku adalah dengan izinNya.



Bagaimana pula dengan sahabat? Tidak bolehkah kita bergantung padanya?


Bagiku, sahabat adalah harta yang dikurniakan sebagai teman juang. Sahabat adalah insan istimewa yang mampu merasakan kepedihan hati sahabatnya. Tapi aku, sejujurnya tidak mahu jiwa ini terlalu terikat dengan perhubungan sebegitu. Keterikatan kepada sesuatu selain Allah, pada suatu masa akan membuatmu kecewa.


Aku bukanlah mahu prejudis. Tapi ini kebenaran yang harus dilihat dengan mata hati.


Sayangi sesuatu seadanya, supaya kita tidak kecewa setelah ia tiada.


Bersahabatlah, lillahi Ta'ala. Tautan hati yang berlandaskan akidah dan perjuangan di jalan Allah, akan membimbing ikatan itu ke syurga. Bersahabatlah, tanpa sebab materi atau semata-mata kerana dia selalu membuatmu ketawa. Jika begitu, suatu hari kamu akan kecundang kekecewaan. Kerana insan akan berubah bersama putaran masa.


Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah, andai ukhuwah kerana Allah.




Tanyakan pada diri, apa yang kita harapkan dari seorang sahabat? Andai kita mahukan pengertian, adakah kita sudah mengerti hatinya?


Ataukah sahabat adalah sekadar peneman untuk ke kafeteria?


Kadangkala, kita perlukan sahabat hanya untuk kepentingan diri semata. Kita mempergunakan insan yang akrab di sisi, di luar sedar. Kita menyakiti hatinya, dengan sikap pentingkan diri.


Adakalanya, kita hanya akan mendapatkan sahabat apabila merasa susah dan perlukan bantuan. Dan apabila tiada keperluan, kita meninggalkannya lantas pergi kepada yang lain pula, untuk mencukupkan segala kekurangan. Dan tanpa rasa bersalah, kita mengulangi putaran ini. Akhirnya seorang sahabat yang sering dipergunakan, dalam diam terus terluka.


Itukah namanya persahabatan?


Renung2kanlah.


Salam maal hijrah. Semoga tiap dari kita berjaya mencapai matlamat tertinggi seorang mukmin, yakni menggapai mardhatillah.


Apa gunanya redha manusia jika Allah murka?


December 13, 2009

Bintang kecil

Rajin semacam aku update. Sementara ada semangat ^_^


Aku teringat pada satu nama. Nama yang membuat diri ini tersenyum.


Bintang kecil.


Jolokan ini diberi oleh arwah makcik yang tinggal berdekatan dengan rumahku suatu masa dahulu. Dialah satu-satunya insan yang memanggilku dengan nama itu. Tak pasti kenapa.


Sewaktu baru berpindah ke Kuching, aku tidak punya kawan. Yelah, aku dilahirkan dan dibesarkan di satu daerah yang agak jauh dari Kuching. Sehinggalah usiaku mencecah 8 tahun, barulah ayah berjaya untuk transfer ke Kuching.


Kerana tiada kawan, aku hanya duduk di rumah. Ibarat lone ranger jugakla. Setiap malam, aku dan abang akan ke surau untuk solat berjemaah.


Di suraulah aku bertemu dengan makcik yang sangat baik itu.


"Sejuk hati tengok bintang kecil", katanya sambil memelukku setiap kali selepas solat.


Akhirnya aku terbiasa dengan panggilan itu.


Kini, mungkin aku bukan lagi bintang kecil, kerana dia juga telah tiada. Tapi aku tetap merindui insan itu. Insan yang tidak lokek memberi pelukan hangat pada anak2 kecil. Insan yang selalu memberi kekuatan untuk aku memilih jalan yang betul dalam kehidupan.


Walau telah dibatasi bumi, aku doakan semoga dia tenang dan bahagia di sisi Tuhan. Kebaikan walau sebesar zarah tetap akan dihitung. InsyaAllah, banyak amal kebaikan yang telah beliau laksanakan semasa hayatnya.


Kerinduan ini menusuk kalbu~

December 12, 2009

Kenapa baju hijau?

Petang tadi Kak Kinah ajak temankan dia pegi ambik baju untuk nikah dan walimah dia. Hasilnya aku pula yang terlebih excited melihat baju hijau yang amat cantik.


Spontan aku mengeluarkan ayat power.


"Kak Kinah, tukar pengantinla camni"


Bernas tak idea ni? Aku cuma nak baju tu! Kenapa Kak Kinah nak pakai baju hijau jugak, apakata tukar warna biru ke, ungu ke...


Saja hendak mengomel. Perasaan tengah teruja. Roommate merangkap kakak(bukan kandung) bakal mendirikan baitul muslim, mestila aku excited. Tapi kadang mungkin excited aku mengalahkan pengantin lagaknya.


Apakata aku ikut jejak langkah kak Kinah?



Ok, jangan tanya aku.



p/s: Hanya gambar hiasan

December 11, 2009

Sudah keluar bengkel

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Allah swt kerana dengan izinNya blog yang termusnah telah berjaya dibina semula, walau ada kurang di sana sini.


Alhamdulillah...


Konsepnya lebih kurang sama, cuma 'momento sutera' kurasakan lebih sesuai kerana blog ini lebih kepada perkongsian hidup dan ekspresi perasaanku terhadap perkara disekeliling. Moga ada manfaatnya buat hati2 yang membaca dan menilai.


Talk Ustaz Hasrizal masih berbekas di hati. Walau pengisiannya sudah didengar lebih dari sekali, tapi jiwa kita sentiasa dambakan pengisian.


Refresh.

Update.

Sedangkan antivirus pun perlu selalu di update.

Apatah lagi iman yang selalu diserang lanun, tsunami, dan segala macam cacamerba.


Ya Tuhan, Kau lebih mengerti hatiku!

December 9, 2009

in construction

IN CONSTRUCTION!



MAAF SEMUA.



INI KESILAPAN TEKNIKAL YANG TERJADI SETELAH JATUH TANGGA.



BLOG INI TERPAKSA DIROMBAK~

December 7, 2009

kembali

Sudah kukatakan, rehatku tidak lama.


Semasa sedang blog walking aku terjumpa puisi ini.


Penuh makna.


Tampak jelas indahnya kamu..bulan
Bila senang terang bulat pancarmu
Tapi mengapa ada aura sedih bersama
Seperti tersenyum.. tapi pilu
Seperti memanggil.. tapi jauh

Bintang nampak seakan dekat denganmu
bersahabat menemani di sisi
cahaya berkelip bagai gembira bersama
banyak yang suka senyum melihat
zahirnya nampak.. tapi hakikat siapa peduli?

nun di balik alam
mata melihat disebalik belakangmu..bulan
tak mampu ku lihat..tapi aku tahu ada
tiga ratus enam puluh darjah sisimu
yang dilihat nampak hanya seratus lapan puluh darjah
tak mungkin bisa ditafsir simpul
kerna yang nampak hanya separuh

sabarlah bulan
tsabatlah bulan
senyum sedihmu sesungguhnya..
...menggembirakan banyak hati

Muaz Hadi

December 1, 2009

berehat sebentar

Kali ini aku menyepi agak lama. Bersawang blog ini, sehingga menjadi tempat ternakan anak2 kucing bak kata budak kecik. Sebenarnya banyak yang hendak aku kongsikan, tetapi aku masih in-no-mood-to-write-here. Blog walking jela ku sepanjang cuti ini. Leka membaca dan menyelami perasaan pemblog2 di seluruh dunia. Erm, ok itu sudah lebih.


Ini kelakar. Beberapa hari lepas, seorang warga kampungku telah dikejar seekor lembu yang agaknya tengah baran. Mungkin stress melihat saudaranya telah disembelih. Erm, saiz badannya yang agak 'gempal' telah menyukarkan proses melarikan diri. Syukur, tiada kecederaan menimpa beliau. Kesian tapi kelakar. Ceria aidiladha pada kali ini oleh peristiwa gempar tersebut.


Aku pula, menyambut aidiladha dengan seribu rasa. Demam, selesema, dan batuk menjadi teman setia. Sakit kepala pula tidak sanggup meninggalkan aku. Nasib baik semua itu tidaklah mempengaruhi selera makan. Kalau tidak, alahai rugila aku kerana tidak dapat bersama-sama menikmati juadah hari raya ^_^

Lagi?

Si kembar buah hatiku sudah mula belajar bercakap. Dan aku sungguh teruja melihat perkembangan mereka. Si kakak sudah fasih menyebut 'ayah', 'datuk', 'nenek', dan pakcik2 serta makcik2nya. Telatah mereka sangat mencuit hati. Dan panggilan mereka terhadapku membuat diri ini tersenyum sepanjang hari.


'Maksu' menjadi 'tu'


"Tu,tu,tu"


Mereka takkan berhenti memanggil sehinggalah aku menyahut.


Seronok melayan si kembar. Teruja melihat perkembangan mereka. Tiap kali hendak berpisah, hatiku berat sekali kerana aku tahu diri ini akan menanggung kerinduan yang maha berat. Buah hati, permata hati, kehadiran mereka menceriakan kehidupan kami.


Terakhirnya, aku ingin memaklumkan bahawa selepas ini aku mungkin tidak akan apdet sekerap dahulu. Kerana semakin hari aku rasa semakin sukar untuk mengekspresikan rasa hati. Secrecy, kata seorang teman. Biar aku mengkoreksi diri semula, dan cuba memperbetulkan segala kerosakan dalaman. Terlalu banyak perkara yang terjadi.


Kesimpulannya, aku ingin berehat sebentar dari dunia blogging. Tapi aku masih wujud di FB.


Mohon izin undur diri, maafkan diri ini atas segala khilaf dan salah serta apa jua bentuk penulisan yang tidak berkenan di hati. InsyaAllah, aku hanya berehat sebentar.


Sebentar.

November 16, 2009

Nilai sebuah kemaafan

Alhamdulillah, masih diberi hayat hingga ke saat ini. Nikmat kesihatan dan NYAWA ini bisa saja Pemiliknya ambil semula sekelip mata. Kerana itu, kita diseru untuk selalu bersedia.


Tapi, bersediakah kita?


Aku sendiri, tidak bersedia, andaikata dijemput di saat dan ketika ini. Allah!


Pagi ini, hatiku diketuk dengan suatu persoalan.


Maaf. Memaafkan. Dimaafkan.


3 perkataan berimbuhan dan tanpa imbuhan, yang membawa maksud yang berlainan. Juga perasaan yang berbeza. Dan ia disatukan dalam satu perkataan yang cukup mudah.



Kemaafan.



Mudahkah bagi insan?


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"
(Al-Hajj:46)


Kemaafan harus lahir dari hati. Selalu orang kata, dari keikhlasan. Tentera hati pula adalah mata, lidah, dan perasaan. Ketiga-tiga anggota ini membantu hati kita dalam berfikir dan menilai.


Menilai dengan mata hati bukan emosi.


Kita manusia selalu larut dengan perasaan. Ya, aku mengerti itu fitrah. Tapi bukankah ia harus dipandu oleh iman sebagai nakhoda utama? Kanan, kiri, depan, belakang, kita melihat perpecahan. Institusi keluarga yang porak-poranda, ummat yang tidak bersatu, semuanya berpunca dari hati dan tenteranya. Bagaimana kita mendidiknya. Bagaimana kecenderungannya. Apa mahunya.


Lalu bagaimana caranya hendak mendidik hati untu
k selalu berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain?


Selalu bermuhasabah. Itu kata kuncinya.


Bila mana emosi mula mendominasi iman, cepat2lah beristighfar dan kembali ke landasan asal. Dunia ini adalah jalanan permusafiran, juga tempat bercucuk tanam. Itu kiasannya. Yakni segala amal ibadah kita akan dibalas pada Hari Perhitungan kelak. Dan dunia sebagai tempat beramal.


Kita tidak sempurna. Selalu sahaja melakukan kesilapan di luar sedar. Tapi ini bukan juga tiket untuk kita bebas melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kadangkala, kita mungkin berasa hampa dengan sikap segelintir manusia. Manusia, tanpa sedar sering menyakiti perasaan sesamanya.


Marah? Kecewa?


Satu persoalan yang harus kita tanyakan pada diri.
Tidakkah kita lebih selalu mengundang kemarahan Allah dengan mengabaikan perintahNya?


Tidakkah kita selalu melupakanNya?


Dalam sehari, berapa banyak kita berzikir padaNya?


Nikmat yang Dia beri, bagaimana kita menggunakan
nya?


Dan adakah kita pernah bersyukur atas segala kurnia atau tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada?



Dia lebih berhak marah.



Tapi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Allah menulis di atas arasyNya,


" Sesungguhnya rahmatKu mendahului azabKu"
Subhanallah!


Dia yang lebih berhak marah juga Maha Kaya dengan sifat Pengampun. Betapa tingginya kasih sayang Allah pada makhlukNya.


Sifirku mudah, berusahalah untuk memaafkan kesalahan orang lain. Kerana kiranya kita lebih banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.


Kita mahukan mardhatillah.


Maafkanlah, semoga kita juga akan mendapat kemaafan dari Allah swt di mahsyar kelak. Yakinlah, Allah akan membalas kesabaranmu di dunia dan menggantikannya dengan yang lebih baik di sana.




Ubatilah kekecewaan hatimu, kerana sungguh, dunia ini sebentar cuma. Kita akan kembali kepada Pencipta kita. Maka, kekecewaan yang kita rasakan kini, sebenarnya bukanlah apa2. Ia datang sebagai tarbiyyah, mungkin juga sebagai teguran direct dariNya.


Sabar itu indah. Biar kutegaskan disini, sabar dan berdiam diri bukanlah tanda kelemahan, bahkan ia melambangkan jati diri yang mantap pada diri mukmin. Didiklah hati kita dengan selalu mengingatiNya, semoga Rahman dan RahimNya akan terbias pada sekeping hati yang rapuh dan tak berdaya.



Sekadar perkongsian dari hati kecil. Muhasabah untuk diriku, moga ada manfaatnya untuk kalian.

November 13, 2009

Selamat pengantin baru!



Abang masih ber'honeymoon' lagi sekarang. Selamat berbahagia abang. Akhirnya akad terlafaz jua selepas banyak rintangan yang ditempuhi. Masih segar di ingatanku. Dengan sekali lafaz, Kak Ija sah menjadi isteri abang. Aku melihat Kak Ija menitiskan airmata. Airmata kasih. Sebagai wanita, aku mengerti perasaannya (macam perasan pulak).


Sudah 3 majlis pernikahan yang kusaksikan, yakni
pernikahan 3 orang abangku. Dan semuanya bertemankan airmata kasih. Fenomena yang sama berlaku dalam kebanyakan majlis pernikahan pasangan lain. Dulu aku hanya tergelak apabila menyaksikan babak sebegitu. Entah apalah yang hendak ditangiskan. Mereka sepatutnya bergembira kerana apa yang dicitakan sudah pun terlaksana.


Setelah diri ini mula meniti kedewasaan (macam dah dewasa sangat), aku mula mengerti bahawa airmata itu adalah simbolik kepada sebuah kesyukuran. Tamat sudah sebuah penantian. Dan yang paling penting, fasa hidup yang baru sud
ah pun bermula. Daripada seorang anak mak yang manja, kepada seorang isteri untuk seorang suami, yang akan menjadi teman sepanjang hayat. Inilah sunnatullah.


Lebih daripada itu, aku tidak dapat merungkaikannya secara terperinci. Hanya yang melaluinya yang lebih mengetahui.


Akhir kata, selamat berbahagia juga untuk kaka
k2 jurusan perubatan yang bakal mendirikan baitul muslim (terutamanya kat level 4 m8). Tidak lupa untuk sahabat2, yang telah, ataupun yang bakal, ataupun masih dalam proses perancangan, mabruk ya! Kalau tiada aral, aku akan memeriahkan majlis kalian, tak pun dengan rela hati menjadi flower girl ^_^

p/s: Buat teman yang jauh, jangan lupa menje
mput diri ini ke majlis kalian. Aku akan datang. Mohon ada kekuatan itu.

November 6, 2009

Aku rindukan perjuangan itu

Musim imtihan kini bertemankan hujan. Cuaca sejuk sahaja. Dugaan besar bagiku (mungkin juga bagi kebanyakan pelajar), bantal dan selimut nampak lebih menarik berbanding nota2. Astaghfirullah! Back to my sense. Kalau asyik bermalas-malas bagaimana mahu mencapai najah kan?


Tidak tahu apa sebenarnya yang mahu diperkatakan. Bahana imtihan, emosi agak tidak menentu. Seperti 'electrocardiogram' andai dapat kulukiskan. Saat2 begini hati selalu terkenang pada ayahbonda, kiranya boleh kupinjam semangat kalian buat bekal menempuhi masa2 sukar. Ingin menjadi setabah kalian, kerana hati ini terlalu rapuh.


Ah, diuji sedikit sudah mahu mengeluh!


Sayu hati ini terkenang pada perjuangan yang semakin jauh kutinggalkan. Bukan pintaku sahabat. Aku rindu pada wajah2 yang tidak jemu berjuang di jalan Allah. Wajah2 yang adakalanya sangat keletihan namun penuh keikhlasan. Aku rindukan persahabatan yang bertunjangkan ketulusan. Ukhuwah yang hangat, membakar semangat perjuangan. Menyalurkan energi luarbiasa yang tiada tara. Jiwa yang mendamba mardhatillah. Semua ini amat2 kuperlukan di saat ini. Aku yang merasa hampa pada diri sendiri.


Sahabat, maafkan aku. Sukar untuk kujelaskan situasi diri. Mungkin kebisuanku telah menimbulkan banyak andaian. Kalian pasti terluka. Maafkan aku, maafkanlah kelemahan diri ini. Betapa aku terlalu ingin bersama kalian dalam saf perjuangan itu semula. Meneguk pahit manisnya. Menumpahkan airmata dan keringat demi agama kita. Tapi, aku insan lemah sangat terhimpit oleh segala-gala yang ada di sekelilingku. Tembok2 yang amat payah untuk kulepasi, hati2 yang harus kujaga...ah, sesak rasanya!


Sehingga saat ini, sabar dan doalah senjataku. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dia yang sentiasa menitipkan ketenangan saat hati dilanda gundah. Terima kasih Tuhan! Aku sendirian dalam keramaian, namun kau tetap juga bersamaku. BersamaMu, aku punya segalanya, melebihi dunia seisinya...


Aku hampa pada segalanya yang kutemui kini. Aku dan hidupku. Aku dan tujuanku. Aku dan imanku. Lantaran kehampaan itu, aku lebih senang dengan caraku yang begini. Aku dan kebisuanku. Mungkin lebih baik begitu. Baik untuk imanku yang sudah merudum. Semoga ia menjadi penawar penyakit wahan yang merajai diri. Dan semoga bertambah darjah kesabaran, untuk diri yang sering merasa dipergunakan.


Untuk sahabat2 yang kucintai kerana Allah, teruskan perjuangan kalian. Aku tidak pernah berhenti berdoa moga apa yang kita cita-citakan untuk agama kita akan terealisasi juga suatu hari nanti, dengan izin Allah. Kuatlah kalian dalam perjuangan. Moga setiap titis airmata dan keringat kalian mendapat ganjaran dari Allah swt. Aku akan bersama kalian semula, itu keyakinanku yang tak pernah pudar. Sehingga detik itu, aku akan terus bersabar!

Innallaha ma'ana...



October 29, 2009

Jauhnyaaaaaa

Eh, sempat update blog lagi dekat2 nak exam ni?

Jangan amalkan. Aku dan kalian tentunya berbeza. Aku bukan kamu dan kamu bukan aku. Ini ekspresi hati sekadar untuk meredakan sedikit tekanan peperiksaan akhir yang sudah amat2 menghampiri.

Bertambah kalut apabila menerima satu lagi tugasan. Ada laporan eksperimen yang harus dihantar sebelum tamat peperiksaan akhir. Hanya mampu tersenyum (dalam sebal) apabila mengenangkan hal ini.

Lusa aku akan bermusafir sebentar ke bumi Johor. Abang sulungku bakal mendirikan baitul muslim bersama belahan hatinya.


Orang Kuching + orang Johor ^_^


Jauhkah?


Ada yang kata, "jauhnyaaaaaa!"


Secara peribadi, aku tidak merasa perjalanan kuching-JB jauh, mungkin kerana telah terbiasa. Perjalanan itu hanya memakan masa lebih kurang satu setengah jam, jadi ianya berkali ganda lebih dekat daripada perjalanan menaiki bas ke pantai timur atau utara. Jadi, nilailah sendiri. Aku bukan memprovokasi atau mahu menimbulkan kontroversi. Ianya hakikat.

Teknologi merentasi masa dan sempadan. Jarak bukan lagi satu masalah. Buka mata buka minda kita. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman. Jika kita hanya tetap di satu tempat tanpa mahu berganjak, bagaimana mungkin kita dapat melakukan anjakan paradigma dalam kehidupan kita?

Agak skema pulak ayat di atas. Tapi itulah maksud yang mahu kusampaikan. Bumi Allah ini luas, jelajahilah dan ambillah pengajaran dari setiap apa yang kita temui.


"Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak (benar)? Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu), dan yang demikian itu tidak sukar bagi Allah"
(Ibrahim:19-20)


Bermusafirlah, kalian akan menjumpai seinfiniti ragam manusia yang berbeza dari diri kalian. Dan pasti, banyak mutiara kehidupan yang akan dikutip sebagai panduan kehidupan ini. Supaya kita tetap di jalan yang lurus. "No belok2!"

p/s: Ini bukan iklan cuti2 malaysia

October 26, 2009

Dengarkanlah

Jam sudah menunjukkan lewat jam 1 pagi, hampir ke angka 2. Anehnya mata ini tidak mahu lelap, walhal minda dan badan sudah terasa begitu letih.


Fikiran ini menembusi tembok kenangan. Menangis di dalamnya. Entah sampai bila akan terus begini~


Tidak pernah aku berhenti memanjatkan doa, semoga masa akan mengubati segalanya. Terus-terusan mengharap belas dari Ar-Rahman, untuk memimpinku ke jalan ya
ng benar. Sentiasa membimbing hatiku, agar terus beristiqamah dalam kebenaran.


Ya Tuhan, jangan tinggalkan aku sendiri. Hanya Engkau persandaranku, pengubat laraku. Hanya Engkau yang mendengarkan keluh-kesahku dan selalu mengurniakan penawar serta ketenangan. Aku hanya punya Engkau, di atas segalanya...


Aku yakin Kau selalu bersama. Kuatkanlah hati ini, untuk bebas dari masa silam dan mencorak masa depan.


La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana ^_^



p/s: Buat sahabat2 seperjuangan, tempuhilah peperiksaan akhir yang bakal menjelang dengan tabah dan penuh kesediaan. Berjuanglah sepenuh hati, moga kita semua beroleh najah ^_^ (fiddunya wal akhirah)

October 20, 2009

Berakhir sudah

Alhamdulillah...berakhir sudah I-Quest 09 yang berlangsung selama 3 hari. Terlalu banyak pengalaman berharga yang telah kukutip di sepanjang tempoh itu. Tidak sangka diri ini mampu berdiri selama 5 jam di tengah panas, perkara yang tidak mungkin akan kulakukan pada hari2 biasa. Bila kufikirkan kembali, rupanya kita mampu melakukan apa yang kita rasakan mustahil, asalkan kita punya kemahuan dan semangat yang jitu. Tahniah dan terima kasih buat semua sahabat WWT I-Quest 09, semangat kalian menyuntik kekuatan pada diriku untuk melalui masa2 sukar itu.

Panas dan hujan, itu bukanlah penghalang untuk kita menjalankan amanah yang terpikul sebaiknya. Aku sebetulnya sangat terharu dengan layanan pihak security. Semasa berada di main entrance, mereka menyediakan kerusi, meng'offer' makanan serta minuman, juga memberi tips untuk menghadapi kerenah pengunjung I-Quest yang pelbagai ragam. Seronok rasanya berbual dengan orang2 yang lebih berpengalaman.

"Sediakan diri kamu mental dan fizikal untuk dimaki hamun"
itulah bentuk pesanan Encik Azri sewaktu aku dan aliah hendak memulakan syif kami pada pagi jumaat lepas. Aku sudah dapat mengagak apa yang hendak beliau sampaikan. Pengalaman semasa menjadi komiti welfare and welcoming semasa taaruf week dahulu telah banyak mengajar diri ini tentang betapa sukarnya untuk memuaskan hati semua pihak dan sebenarnya tiada siapa pun yang mampu melakukannya.

Untuk berhadapan dengan kerenah manusia, jangan mengharap yang baik2 saja. Di sinilah kesabaran kita akan teruji. Dimarah, disindir, juga dihadiahi dengan ekspresi muka yang kurang menyenangkan, tidak kurang juga usikan2 yang pelbagai gaya, harus dihadapi dengan penuh ketenangan bersama senyuman yang tidak lekang. Ianya tidak mudah, bukankah begitu? Syukur, walaupun harus menghadapi semua itu di dalam cuaca yang panas terik, Allah masih menitipkan segunung kesabaran dan kekuatan untuk kami, biro welfare,welcoming n traffic untuk menyelesaikan semua hingga ke akhirnya. Cuma di malam konsert cahaya insani, aku balik ke bilik awal kerana keletihan sudah amat2 mendera.

Fasa itu sudah berakhir, kini berhadapan pula dengan fasa yang lain. Sibuknya berbeza, namun tekanannya mungkin sama. Apapun, pengalaman itulah yang amat berharga dan tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman adalah guru terbaik bagi setiap insan untuk membina kekuatan dan jati diri yang teguh dan mantap.

Dan pencarian ini, mungkin tidakkan bertemu kesudahan andainya aku berhenti di sini. Jadi aku harus terus melangkah, bersama doa yang tidak putus, dan harapan yang tidak pernah mati, untuk kutemukan sebuah jawapan yang masih kabur dan misteri~

October 15, 2009

Tangisan rindu

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang berlalu terus ku tunggu
Di kala insan terus terlena
Hatiku ini ingin terus berjaga

Di kala sepi ku sendiri
Mencari sinar di kegelapan malam
Air mata ku bercucuran
Kerna rindu ku yang tak pernah padam

Tangisan ku mendayu-dayu
Mengharap kasih dari yang Satu
Ku tahu cinta ku terbalas
Kerna Dialah pemilik cinta yang sejati
Oh Tuhan
Tunjukkanlah jalan
Merentasi rasa cintaku
Citra rindu dan kasihku
Yang ku dambakan hanya untuk MU

Usahlah Kau palingkan cinta
Yang suci ,murni lagi sejati
Kerna aku hanya ada sekeping hati
Yang rapuh dan tak terdaya

Moga rindu ku kan terubat
Lantaran kasih Mu yang murni
Tangisan rindu ku
Hanya untuk Mu

~Wildan~

Ini tempoh bekerja dan bertenang. Bekerja dan bertenang. Semoga sekeping hati ini tidak tewas begitu mudah. Selamat bekerja seikhlas hati pada semua sahabat ^_^

October 11, 2009

Hati berbunga-bunga

"Boleh kte datang bilik awak pas isya' nanti?"

Mesej ini kuterima dari Yana sejurus selepas maghrib.

"Boleh2,maila..."

Aku suka je siapa2 nak datang pun. Tetamu datang bawak rahmat. Apatah lagi bila si tetamu datang dengan penuh kasih sayang. Hiperbola sungguh ni. Selepas isya', sapu2 bilik sikit, malu kat Yana nanti kalau tengok bilik tak bersih ^_^

"Assalamualaikum..."

Ha, tu dia!

"Waalaikumsalam,masuklah" (macam skrip drama la pulak)

"Nah, ni untuk awak", Yana menyerahkan plastik kecil berwarna hijau. Terkezut jugak aku.

"Apa ni Yana?" (sambil kerut2 dahi konon)

"Kte beli untuk awak ni"

Lihat je isi kat dalam aku terus rasa nak lompat2. Tapi takut compartment level 4 ni runtuh je. Tak jadila. Senyum sampai telinga kot. Terima kasih Yana!

Mungkin ia biasa2, tapi ia juga membuat hatiku berbunga-bunga. Lagi pula, aku baru je kehilangan benda yang lebih kurang serupa serta cincin kesayangan. Jadi, ini kira penawar hatila.


Nak tahu apakah bendanya?



Ting!



Tahu tak apa ni?

Inilah tempat letak hp. Yang penting sekali, it looks sooo adorable to me. Warna hijau, siap ada bear lagi kat situ. Yana ni memanglah sangat memahami.

Sebelum ni, benda yang sama tercicir entah kat mana. Warna hijau jugak, tapi lain sikitla. Dalam tu ada cincin..sob3..kalau beli sendiri ada jela yang tak kena. Nanti kalau nak apa2 kena tunggu orang hadiahkan, boleh? (baiknya hati sahabat2 saya kan..) ^_^


p/s: Aku rasa cam nak tukarla layout blog ni dengan temanya sekali. Ada idea tak? Tapi bukan sekarangla, aku ada lagi report2 dan esaimen yang tak siap ni. Mintak diri dulu~

October 6, 2009

Meneka hati bonda

Lelah, sungguh ia mendera. Celaru berkecamuk entah bagaimana harus kugambarkan emosi ini. Hingga di satu saat ingin sahaja aku lari dari realiti, tapi itu hanya tindakan si pengecut. Kita umat Islam tidak diajar begitu. Peribadi mukmin seteguh karang, tegar menghadapi segala mehnah ujian.

Berpinar pandangan ini, terlalu lama menghadap buku. Sesekali tidak mahu mengeluh. Cuma fitrah insan, mudah berputus asa bila berdepan dengan ujian. Ditambah lagi dengan masalah yang tidak putus, Tuhan, sekali ini aku teramat rapuh. Lemahkah aku?

Sekali melangkah, jangan sesekali berundur~

Petang tadi aku melepaskan rindu dengan permata hati. Bonda tercinta yang jauh. Tidaklah kuadukan apa yang terbuku, cuma berkata bahawa aku terasa penat. Bonda sudah mengerti. Lantas dia memberikan kata2 semangat. "Sekali melangkah jangan sesekali berundur!"

Ini jalannya. Tempuhilah dengan sabar dan jangan berhenti berdoa. Ah, bonda, rindu sungguh mahu bertemu. Rindukan pandangan kasih sayangnya, rindukan senyuman bahagianya. Siapa tahu duka di hati bonda?

Kita yang selalu sibuk dengan dunia sebagai mahasiswa, kadangkala melupai ini. Kita sering meminta doa dan restu, lalu mengabaikan perasaan bonda. Entah berapa banyak airmatanya yang menitis untuk kita. Pernahkah kita ambil tahu atau mahu tahu?

Bonda juga mahu difahami. Bonda juga mahu dimengerti. Namun dia tidak akan pernah menunjukkan perasaan sebenarnya. Sungguh, bonda adalah kurniaan dari yang Maha Hebat.

Sayangi, hormati, dan fahamilah hati bonda. Hidup ini akan lebih bermakna jika kita memberi. Hapuskanlah duka di hati bonda, semoga senyumannya tidakkan sirna dan senantiasa terukir bahagia~

October 3, 2009

Sandaran hati

Sandaran hati~Letto song
Dengarkan, maksudnya sangat mendalam

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku

Kredit kuasa dua

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kuterima apa adanya
Mata terpejam
Dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu...

Jangan salah faham ye para pembaca. Ini hanya sedikit dari lirik lagu ruang rindu (mar pun suka lagu ni kan?). Berehat sekejap~

Entri ini ditujukan khas buat Mardhiah Mohd Roslan dan 'Azizah Mohamed dengan ucapan, "terima kasih banyak2 sebab temankan kte petang tadi. Kalo takde kamu2 maka agak sukarla untuk menyampaikan diri ke klinik tu"

Mar yang drive kereta. 'Azizah tunjuk jalan (sebab dia kan orang kuantan). Aku kat belakang menikmati pemandangan (sambil kontrol rasa berdebar).

Juga kredit kepada doktor yang sangat baik. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Kini, aku boleh tersenyum lega walaupun sakit sedikit.

Elokla aku dari tadi tak buat assignment lagi, asyik ralit dengan benda lain.

Oleh itu, permisi dulu ya~

September 29, 2009

Putaran kehidupan

Kembali sudah ke medan perjuangan~

Syawal semakin berlalu pergi dengan membawa 1001 cerita. Ada yang indah dan ada yang pahit. Bukan semua insan bergembira di pagi Syawal, meski ianya hari kemenangan yang harus diraikan dengan penuh kesyukuran. Aku sebagai anak rantau tentunya sangat bersyukur kerana dapat berkumpul bersama keluarga tercinta. Bersyukur amat kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari yang mulia bersama insan2 yang dekat di hati. Bersyukur kerana masih diberi hayat dan kehidupan...

Hati ini sebak semasa menziarahi pusara nenek. Sudah 4 tahun dia pergi. Aku bermimpi bertemu dengan arwah di pertengahan Ramadhan. Semoga nenek bahagia di sana..

Pusara nenek bersebelahan dengan pusara atuk. Tapi aku tidak pernah berkesempatan bertemu dengannya. Hanya selalu mendengar cerita dari emak bahawa atuk adalah seorang yang sangat baik. Penyayang dan lembut orangnya. Ingin sekali bertemu dengannya, mungkinkah?

Aku juga menziarahi pusara abang. Beruntungnya, dia pergi tanpa dosa. Penghuni syurga, alangkah! Pusara abang yang seorang lagi agak jauh, doa kutitip penuh syahdu. Mereka telah pergi dahulu. Dunia ini penuh tipu daya yang menyakitkan. Dunia ini tiada keadilan. Di sana nanti, di hari pengadilan, semuanya akan terlerai. Terbenamlah semua kebatilan. Mereka yang kejam dan penuh muslihat, tunggu sahaja detik itu. Lihatlah samada kamu mampu ketawa lagi ataupun sebaliknya.

Perjuangan ini harus tetap dijalani dengan penuh kesabaran. Hidup ini, putarannya tersendiri.

~Mahu keluar sebentar dari segala kekalutan diri~

September 20, 2009

Ramadhan berganti Syawal

29 Ramadhan

Selepas bersahur, aku dan kakak terus memulakan projek membuat kek. Rasa seronok dan bersemangat, walaupun aku harus menunggu hampir sehari untuk kek itu siap.

Sepanjang hari kami berada di dapur, membuat segala persiapan untuk open house yang akan diadakan pada raya pertama. Abang2 aku pula sibuk mengemas dan menghias rumah. Nasib baik mereka rajin~

Kami tidur pada jam 2 pagi dalam keadaan kepenatan...


1 Syawal

Juadah hari raya berjaya disiapkan. Tak sangka hari ini menjelma jua. Syukur sangat kerana kali ini kami semua dapat berkumpul. Kalau tak, ada saja yang tak dapat balik beraya. Riuh-rendah rumah kami, tambah2 lagi semasa sesi ambik gambar.

Ramadhan berganti Syawal. Dalam kesyukuran, terasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan. Adakah peluang untuk bertemu lagi?

p/s: Sambutlah Syawal dengan penuh gembira dan kesyukuran, walaupun banyak assignment yang tak siap lagi. Bagi aku, biarlah dulu~



Dengan ayah, mak, dan kakak~


My big bro

September 10, 2009

Meniti perubahan

Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke fasa ketiga Ramadhan, fasa pembebasan dari api neraka! Semoga amal ibadah kita diterima, semoga kita dijauhkan dari azab neraka. Banyak sekali harapan2 yang tertanam setiap kali memasuki Ramadhan, namun pelaksanaannya adakah mencapai tahap maksimum? Atau cukup sekadar optimum sahaja? Walaupun syaitan telah dibelenggu, namun 'anak didiknya' yakni nafsu memainkan peranan dengan baik sekali. Sehingga jadilah Ramadhan ini sebagai bulan yang meletihkan. Nauzubillah. Semoga kita dapat mendidik nafsu itu dengan ibadah yang ikhlas kepada Allah swt.

Setiap orang akan meniti perubahan dalam kehidupannya. Bezanya hanya terletak pada jenis perubahan itu. Ke arah positif atau negatif?

Meniti perubahan~ianya tidak mudah...

Perubahan ke arah yang lebih baik? Pastinya mengundang rasa bahagia, pada empunya diri dan orang2 di sekelilingnya.

Perubahan ke arah keburukan? Ia akan mencetuskan aura kurang senang. Dark and gloomy. Orang yang melakukan kejahatan tidak akan merasa bahagia dan puas dengan kehidupan, sehingga hidup terasa sempit.

Perubahan terkadang menderitakan. Contoh paling mudah ialah apabila kehilangan insan yang disayangi. Mudahkah kita beradaptasi dengan sebuah kehilangan? Perubahan dari ada kepada tiada. Perkataan sabar tentu sahaja tidak cukup, jika rasa percaya kepada DIA tiada.

Perubahan boleh saja dilakukan, asal kita mahu.


Kemahuan+usaha+doa=tiada yang mustahil


Usai meniti perubahan, istiqamahlah dengan jalan yang dipilih. Tekadkan hati dan usah menoleh ke belakang. Letakkan sepenuh pergantungan pada Al-Khaliq. Kita tidak pernah sendirian dalam meniti perubahan, meski seluruh dunia mencemuh, DIA selalu ada bersama.

Berubahlah ke arah yang lebih baik! Berubahlah demi mencapai mardhatillah. Aku, kamu, kita, waktu terlalu singkat untuk dipersia.

Aku punya kenangan tersendiri tentang perubahan. Kenangan yang sentiasa hidup subur dalam ingatan. Ia bukanlah kenangan yang manis, kerana mengingatinya sahaja membuat sekeping hati ini menangis.

Mengertilah, berubah perlukan kekuatan yang bukan sedikit. Jua segunung pengorbanan yang harus kita ikhlaskan. Jika berubahmu bukan kerana Ar-Rahman, akan tersungkurlah kamu di pertengahan jalan, lelah, teramat lelah. Akhirnya, kamu memutuskan untuk berhenti sahaja, menoktahkan perubahan.

Apabila berubah, kita mungkin akan berdepan dengan kehilangan. Kerana tidak semua insan akan memahami bentuk2 perubahan. Kerana setiap insan punya persepsi yang berbeza. Kerana setiap insan punya kehendak yang harus dipuaskan. Suatu ketika dahulu, aku pernah melaluinya. Dan aku merelakan kehilangan untuk meneruskan perubahan. Perubahan yang disalahertikan. Aku tahu aku akan bersedih, namun aku tidak boleh berhenti. Kekasihku sudah menyeru, berulangkali memberi peringatan. Aku ikhlaskan kehilangan itu, kerana Kekasih pasti akan memberi ganti yang lebih baik. Aku relakan semuanya berakhir dan terkubur di lipatan kenangan.

Cukuplah sudah, pasti kalian merasa pening. Teruskan misi memburu lailatul qadar, semoga keluarnya kita dari bulan Ramadhan sebagai insan baru yang telah meniti perubahan. Insan yang lebih baik tentunya. Insan yang akan menyebar risalah dakwah, mencipta gelombang~

September 4, 2009

Menghitung hari

Masa seakan begitu lambat berlalu. Penantian yang menyeksakan, boleh kusimpulkan begitu. Jasad sahaja yang berada di sini, padahal ingatan ini terlalu kuat pada ayahbonda. Aku kerinduan! Dalam membilang detik untuk kembali ke bumi kenyalang, banyak rupanya perkara yang harus diselesaikan. Ah, tapi hati menidakkan. Lantas ada yang terabai. Duhai pengembara, janganlah bersikap lengah dalam melaksanakan tanggungjawabmu. Kau hamba, namun kau jua khalifah!

Semalam aku bertemu bulan. Hati ini tersenyum. Memang lelah di perjalanan, namun memandang kebesaran Allah membuat diri ini insaf. Kuatlah insan! Dunia ini sekadar tempat berteduh, mencari bekal untuk negeri abadi. Aku tersenyum lagi, kerana sedih pilu sudah terpujuk. Terima kasih Tuhan~

Sucikan hati ini, dalam menempuhi Ramadhan yang berbaki. Terkadang aku risau, takut terjerat dengan umpan nafsu. Kiri kanan, aku melihat ramai yang asyik dalam fantasi cinta manusia. Benar, ia kelihatan indah. Ia memang indah. Namun indah itu mungkin mengundang murka Allah. Aku mohon padamu Rabbi, agar aku istiqamah menjaga hati~


Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri

Hadirnya mengundang
penat

August 30, 2009

Ramadhan dan ketenangan

Dalam kekalutan menyiapkan pelbagai tugasan, hati terasa rindu hendak mencatat sesuatu di sini. Bukan apa2, hanya sekadar perkongsian rasa hati seorang anak rantau yang melihat dunia dari perspektif yang paling seni.

Perasan ataupun tidak, hati dan perasaan kita pada bulan Ramadhan ini lebih tenang berbanding bulan lain. Mengapa agaknya? Soalan ini pernah kutanyakan pada seorang sahabat.


"Apa yang awak buat sampai rasa tenang?"


Soalan itu dikembalikan semula padaku.

Aku berfikir. Apa ya?


"Mungkin sebab lebih banyak baca Quran berbanding bulan lain.."


Jawabku perlahan. Akalku mengiyakan.

Fitrahnya, manusia akan berasa tenang apabila dekat dengan Penciptanya. Allah pernah berfirman yang mafhumnya, "Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang". Bukan sekadar mengingati dengan hati, tapi memanifestasikannya dengan amal ibadah yang berterusan. Itu bukti pengabdian diri kita kepada Rabb. Dan itu yang kita laksanakan dengan banyak sekali pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Tidak hairanlah, jika hati kita menjadi sangat tenang. Fikiran pula jernih kerana kurang melakukan hal yang lagha. Kita bahkan menjadi golongan yang disebut sebagai fastabiqul khairat, yakni golongan yang berebut-rebut untuk melakukan kebaikan.

Subhanallah~

Madrasah Ramadhan inilah yang melembutkan hati2 yang keras, menghidupkan nubari yang mati...

Namun kita terpaksa juga menghadapi realiti dunia, bila manusia hanya berpuasa untuk lapar dan dahaga. Sentiasa memikir bagaimana berbuka yang paling 'havoc', dan jualan murah sempena aidilfitri. Ini Ramadhan, tapi tetap ramai pasangan yang berdua-duaan menikmati indahnya bercinta apalagi dapat berbuka bersama si dia. Ini Ramadhan, tapi muslimah tetap berbangga mempamerkan aurat kepada dunia, Ini Ramadhan, tapi solat dan Al-Quran entah ke mana.

Ini Ramadhan, janganlah persiakannya, kerana mungkin ini Ramadhan terakhir kita~~~

p/s: Syukur ini bulan Ramadhan. Kalau tidak mungkin aku akan sangat teruji dengan sikap segelintir insan yang menghalalkan penipuan dan kerahsiaan. Aku harus bersabar untuk tempoh masa yang lama, mampukah hati ini menempuhnya?

August 23, 2009

Itulah awak!

Kenapakah akhir2 ini agak susah hendak memasuki mana2 website? Banyak urusan yang tergendala (termasuk blogging) kerana masalah ini.

Oh ya, ini cerita sehari sebelum Ramadhan. Kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.


"Awak ni orang terpelajar, takkan nak pergi klinik pun takut?"


Aku hanya diam.


"Itulah awak! Kalau takut camnilah jadinya."


Doktor itu 'fire' aku sepuas-puasnya. Layanan dia nampak macam orang yang betul2 marah. Tiada unsur kelembutan. Atau akukah yang sensitif?

Memang salahku. Tapi rasa takut itu bukanlah sengaja diada-adakan. Klinik gigi adalah tempat yang amat kugeruni. Malah 'kawah' yang sudah lama terbentuk rela kubiarkan terpelihara daripada memijak tempat itu. Perasaan itu sungguh mendera.

Sang Pemilik Hati telah menggerakkan hati Cik Hakimah untuk membantu aku mengatasi perasaan itu. Cik Hakimah malah menjadi momentum (hingga sanggup memaksa aku secara bertubi-tubi) meyakinkan aku untuk melangkah ke tempat itu.

Entah mengapa aku amat terkesan dengan layanan doktor itu. Sedih dengan tidak semena-mena. Ah, syaitan memang licik bermain senjata!

Sampai di sini dahulu. Salam Ramadhan buat semua. Semoga Ramadhan kali ini tidak akan berlalu dengan sia2. Wahai perindu2 kebaikan, lepaskanlah kerinduanmu...

August 18, 2009

siapakah 'ibadurrahman?

Terasa begitu cepat putaran masa. Bagaikan baru semalam kita menjadi kanak2 yang hanya tahu erti gembira. Tanpa kita sedari, segalanya perlahan-lahan luput dari diri kita. Orang2 tersayang datang dan pergi di celahan waktu. Dari hari ke hari, kita semakin memaknakan kehidupan ini dengan pelbagai tafsiran. Pengalaman mendewasakan, menjadi guru terbaik bagi setiap insan. Jika ditanya tentang graf kehidupan masing2, sudah pasti setiap orang punya corak hidup yang berbeza-beza. Tapi kita tetap dapat mengambil ibrah yang sama walaupun caranya berbeza. Itulah kehidupan.

Kita selalu mengeluh apabila mengalami kesukaran, tak terkecuali diriku sendiri. Apabila hikmah ujian tersingkap, barulah kita mengerti rupanya semua itu tarbiyyah dari Sang Kekasih. Agar kita menjadi insan yang tegar, dan dalam masa yang sama sentiasa meletakkan sepenuh pergantungan pada Ilahi. RencanaNya penuh misteri dan diliputi kerahsiaan. Berfikirlah, dan lihat segalanya dari kacamata iman.

Dalam sebuah kuliah yang aku ikuti, untuk menjadi 'ibadurrahman, yakni hamba2 yang dikasihi Allah adalah sesuatu yang perlukan jihad dalam diri yang amat tinggi. Ia kelihatan mudah namun dari segi praktikal tidak semua mampu melaksanakannya dengan ikhlas.


"Adalah hamba2 Tuhan yang Amat Pengasih itu adalah orang2 yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 bodoh menyapa mereka (dengan kata2 yang menghina), mereka mengucapkan 'salam'. Dan orang2 yang berkata," Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal." Sungguh, Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan kediaman."
(Al-Furqan: 63-66)


Ayat2 seterusnya dalam surah Al-Furqan semuanya menceritakan tentang sifat2 'ibadurrahman. Indah sekali, jika kita menjadi hamba2 yang dikasihiNya. Manis sekali, jika hati kita sentiasa dekat denganNya.


Namun, sungguh mengecewakan bila kita hanya selalu berusaha untuk menjadi insan yang dikasihi manusia semata. Kita berusaha untuk memuaskan hati manusia. Kita mahu meraih perhatian dari manusia. Kita mahu menjadi seorang yang 'adorable' di mata semua. Hingga kita abaikan pandanganNya terhadap kita. Dalam kita meraih cinta manusia, kita ketepikan cintaNya yang tidak bertepi. Kita senangkan hati manusia dengan hal yang DIA tidak sukai. Oh, inilah kita. Mengenangkan hal ini diri terasa terlalu malu. Kerana diri baru mahu tersua-sua mencari Dia bila kita kehilangan pergantungan pada manusia. Bila semua manusia meninggalkan kita, barulah mahu merayu menagih pertolonganNya. Ya Tuhan, ampunkan kami kerana selalu terlupa. Kami mahu menjadi hamba2 yang dikasihi, kami mohon cintaMu yang tidak bertepi...


Jatuh cinta
Rasa indah seisi dunia
Seolah diri miliki segala
Manis dan bahagia
Hati tersenyum gembira
Untuknya rela berkorban segala
Mahu kekal hingga ke syurga
Inilah bahasa cinta

Tidak terduga
Yang terindah hanyalah sementara
Dia yang dikenal kian berubah
Cinta sudah berpaling arah
Hanya pahit hempedu dapat dirasa
Dimana hilangnya bahagia?
Dimana semua janji yang pernah terbina?

Hancurlah sekeping hati
Hati yang pernah diberi
Kecewa membarah membunuh rasa
Airmata jadi teman setia
Lalu apa indahnya cinta
Bila bahagia seketika cuma
Masa depan yang tiada terduga
Insan tersayang meninggalkan kita
Di mana harus diletakkan cinta?
Hati ini milik siapa?
Agar cinta tiada kecewa

Akhirnya ketemu sebuah hakikat
Cinta manusia tiada abadi
Bisa mengundang kemarau hati
Labuhkanlah cinta pada Sang Pencipta
Pemilik Hati dan Jiwa
CintaNya tak bertepi tak bersempadan
Cinta yang menyuluhi kegelapan
Menerangi barzakh
Memayungi di mahsyar
Memimpin menuju syurga
Menatap wajahNYA
Bukti sebuah cinta...

Blog baru MARDHIAH

Ayuh ziarah blog baru beliau.


Blog yang lama sudah kembali ke pangkuan pokcik google.


~Mardhiah@budak kecik adalah sahabat yang istimewa~



p/s: Mardhiah, jaga blog baru tu baik2...

August 15, 2009

Terima kasih

Dulu aku ingat kematian akan hanya terjadi apabila berlaku kemalangan, pembunuhan, ataupun kerana penyakit tertentu. Realitinya kini kematian itu boleh terjadi dengan apa cara sekalipun. Itulah perjanjian Allah ke atas setiap hamba-Nya. Pemergian Ustaz Asri masih memberi kesan kepada diri ini. Seakan tidak percaya, kerana saban waktu aku mendengar nasyid2 dan zikirnya. Alarm clock aku pagi2 pun bernadakan lagu intifada. Namun perjanjian ke atas beliau sudah sampai. Siapa sangka pagi itu merupakan subuh beliau yang terakhir? Kita juga tidak akan tahu. Ya Tuhan, tempatkan Ustaz Asri di kalangan hamba2 Mu yang Kau redhai...


Setiap jiwa akan merasai mati


Peringatan buat diriku dan kalian juga. Alhamdulillah, Dia menitipkan sesuatu yang berharga buatku. Dia titipkan penawar hati, untuk aku bangkit meneruskan perjuangan. Terima kasih Ya Rahman! Kaulah tempat pergantunganku, yang selalu mendengarkan keluh kesahku. Hanya padaMu, dapat kuluahkan segala isi hatiku. Hamba yang hina ini terasa malu, kerana selalu sahaja meminta. Meminta dan meminta, kerana aku hanya ada Engkau. Didiklah aku, yang selalu sahaja lupa.


Juga terima kasih atas hadiah persahabatan yang Kau kurniakan buatku. Seorang budak kecik yang tiba2 hadir menceriakan hidupku. Insan yang tidak jemu menitip semangat, berkongsi cas positif bersamaku.

"Awak ok ke?"

Selalu sahaja dia bertanyakan soalan itu. Sungguh bijak dia membaca raut wajah ini, padahal aku sudah berusaha menutup rahsia hati dengan lawak2 antarabangsa.


Berdua lebih baik?

-Kami makan di atas bangku di bawah pokok.

-Kami pernah makan di tangga depan m8 (lantaran terlalu lapar dan mengejar masa).

-Kami selalu makan aiskrim.

-Budak kecik selalu belanja. Nak lagi!

-Kami selalu berkongsi peringatan. Dan itulah perkara yang terindah, bila bersahabat kerana Allah.

-Subhanallah, tautan hati kami amat erat. Meskipun kami tidaklah selalu bersama. Tautan hati kita melangkaui kebersamaan, kan budak kecik?


Ya uhkti, uhibbuki fillah!



Yana dan budak kecik kat taman tasik~

August 13, 2009

cerita hati

"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), (iaitu) syurga2 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan), "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu."
(Ar-Ra'd:22-24)


Lelahnya hati. Cepat sembunyikan dukamu, senyumlah secerah mentari. Mereka perlukan kekuatan dari senyummu. Atau kau sudah terlalu letih? Hinggakan ia terlukis di raut wajahmu, meski kau cuba untuk menafikan. Ah, usah berpura lagi! Jangan terlalu memaksa diri. Kau jua punya hak atas hatimu.


Berdoalah kepada Pemilik hati, semoga DIA akan merawat derita hati atau akhirnya memberimu hati yang baru~

August 9, 2009

Syabab Musafir Kasih

Terlebih dahulu, mabruk buat saudara naim yang telah pun selamat diijabkabulkan dengan belahan hatinya. Kecewa dan kecewa lagi untuk entah yang keberapa kali kerana tidak dapat menghadiri walimah bersama sahabat2 lain. Ada yang lebih aula'. Kelas pathology yang men'tepu'kan itu bukan sembarangan. Sekali tidak datang entah berapa jauh sudah ketinggalan.

Hari ini juga ada muktamar. Kesihatan aku yang sebegini mana mungkin mengizinkan aku untuk pergi ke mana2 selain berada di kampus yang sunyi sepi ini. Hanya salam dari kejauhan yang bisa aku layangkan buat sahabat2 dan kakak2 tersayang yang jauh di sana. Selamat bermuktamar!

Semalam aku telah mengkhatamkan sebuah buku. Dalam masa lebih kurang 4 jam, 'Syabab Musafir Kasih' berjaya kuhadamkan. Karya Fatimah Syarha jarang yang mengecewakan. Syabab, yang bermaksud pemuda, merupakan lambang kepada pemuda harapan ummah. Yang bakal menjadi pembela agama, bersemarak dakwah di segenap jiwa!


Wahai Syabab,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, SYABAB!

"Berikan aku 10 orang pemuda, maka akan aku gegarkan dunia"
(Soekarno)